Mat Kinabalu. Masyarakat Sabah yang menggunakan kenderaan menghala ke Sandakan Tawau melalui Tampaluri Kundasang Ranau bakal menempuh ENAM jam dari Tampaluri ke Ranau sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Kejadian seumpama memeranjatkan pemandu kenderaan yang melalui jalan Tampaluri, Kundasang hingga ke Ranau entah mengapa sampai berlaku serupa, para pemandu yang menuju ke Sandakan Lahad Datu dan Tawau menyifatkan perjalanan dari Tampaluri, Kundasang dan Ranau cukup memenatkan entah bila boleh berubah tegas mereka.
Kebanyakan pemandu kenderaan yang menggunakan laluan Tampaluri, Kundasang dan Ranau yang kerap terkandas sepanjang perjalanan, menggesa kepada pemimpin kerajaan Sabah membantu menyelasaikan kemelut seumpama supaya para pemandu boleh berjalan lancar sepanjang masa ungkap mereka.
Menurut para pemandu yang menuju Sandakan dan Lahad Datu, kesesakan sepanjang jalan tersebut yang dilalui sudah lama berlaku namun ianya bagai tidak mendapat perhatian kepimpinan kerajaan tempatan, bila bergerak balik kampung meraih aidilfitri baru sangat terasa pergerakan bagai tak berpindah langsung kenderaan dipandu masing masing balik ke kampung halaman masing masing tegas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan