Isnin, 3 Mac 2025

APA JADI PEMANDU BUS MINI INI?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi @ Mohd. Soufi Abdullah

Sabah. Benarkah sebilangan pemandu Bus Mini kebal dari undang undang jalan raya atau mereka ini boleh ghaib dari pemantauan pihak berkuasa tempatan.

      Ini disuarakan sekumpulan orang asli Sabah yang terkilan pemandu Bus Mini  bersusun didepan LAMPU ISYARAT menunggu penumpang tiap hari, golongan terlibat juga bagai tidak menghormati undang undang negara Malaysia larangan berbaris dilampu Isyarat laluan pejalan kaki menyeberang jalan raya jelas mereka.

         Tambah mereka lagi, jika golongan pemandu Bus Mini ini rakyat asli Malaysia mengapa mereka tidak menghprmati undang undang negara ini, malah perbuatan seumpama boleh dihukum orang asli Sabahan dengan memboikot jangan sesekali menaiki Bus Mini mereka yang sesuka hati menunggu penumpang.

        Menurut pakar perundangan Malaysia yang ditemui, pemandu Bus Mini tidak ada hak memaksa penumpang menaiki bus mini mereka disepanjang jalan raya, apa tak lagi pemandu Bus Mini berbaris dikawasan Lampu Isyarat sudah jelas langgar perundangan dan wajar dilapor kepada pihak berkuasa  ujar mereka.

        Ada juga pengguna pengangkutan awam yang sering kali diugut pemandu Bus Mini jika mereka tidak menaiki Bus Mini mereka, namun atas berpandukan pada undang undang Pemandu Bus Mini berkenaan gagal menjawab kata kata orang awam yang sekolah kan mereka.

         Sebagai hak pengguna pengangkutan Awam orang Sabah boleh bersatu hati menolak Pemandu Bus Mini yang melanggar perundangan, golongan terlibat wajar diboikot sepanjang masa atau laporkan kepada JPJ Malaysia berserta gambar lokasi mereka melanggar perundangan negara.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan