Sabtu, 15 Mac 2025

HENTIKAN SENTIMEN PANDANG ISU DALAMAN

Oleh. Basron Kirwan

Borneo. Isu dalaman negeri Sabah perlu dipandang sirius yang tidak berpenghujung berbanding memainkan sentimen politiking yang merugikan tanah air sendiri.

        Isu pendatang asing tanpa izin dengan penjual dan pengedar rokok dan minuman keras seludup tidak ber
 penghujung  sampai  hari

ini dengan penjual rokok seludup dikuasai warga asing, ini jelas tidak menjadi bahan perhatian sebilangan orang politik walaupun sentiasa diserbu pihak penguatkuasa namun sebilangan orang politik sepi tanpa bersuara. 

        Antara pandangan beberapa ahli bekas perajurit Malaysia dengan isu yang berlaku dalam Sabah sejak puluhan tahun lalu namun terus kerap ditangkap pihak penguatkuasa dalam negara ini, isu kerap dimainkan setiap menjelang pilihan raya adalah parti  dari Semananjung Malaysia yang dipimpin oleh orang Sabah sendiri namun pedagang rokok seludup menyepi diri tegas mereka.

       Media Terkini Harian Malaysia dimaklumkan penjual rokok seludup sentiasa ada diseluruh daerah dalam negeri Sabah berniaga dari awal pagi hingga kepetang, pembeli semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa sehingga para penjual rokok tersebut sukar dihentikan berikutan sokongan pembeli hampir seratus persen ujar orang ramai.

        Tambah warga Sabah yang benci penjualan rokok seludup, permainan sentimen politik sesama orang Sabah tidak mencerminkan pilihan utama pengundi Sabah, sebaliknya kebimbangan orang Sabah adalah pendatang asing tanpa izin dari negara jiran serta penjualan rokok seludup yang tidak berhenti sampai masa kini jelas mereka.

      Untuk rekod, setiap parti Malaya yang ada di Sabah semua dipimpin oleh orang asli Sabah sama juga dengan parti parti tempatan Sabah, tidak hairan lah ramai warga Sabah lebih bersikap terbuka dengan parti yang tidak memainkan sentimen namun sangat benci PATI yang diburu pihak berkuasa seluruh Sabah akui mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan