Sabtu, 22 Mac 2025

DUA ISU TIADA PENGHUJUNG

Oleh. Jusupi Anak Kurdi dan Gifkir Aming

Borneo. Lambakan pedagang rokok dan ketinggalan pembangunan jalan raya terus menggusarkan war
 

ga dinegeri Sabah bagai tidak memiliki titik penghujung. 

        Dalam bandar dan pekan lambakan pedagang rokok dipercayai seludup dilapor terus mendapat pelanggan banyak dikalangan perokok tanpa mengira kedudukan, manakala luar bandar terpencil pula dihimpit kedhaifan serta ketiadaan jalan raya terutama kampung kampung terpencil sampai hari ini walaupun sudah lebih 60 tahun merdeka. 

         Kedua dua isu tersebut didedahkan penduduk Sabah demi pemerhatian kerajaan pusat betapa sampai bila ianya mampu diperbaiki amnya dihentikan bagi mengelak kerugian hasil negara, rokok seludup boleh dihentikan jika pihak berkuasa memantau segala jenis rokok yang mereka beli dalam tangan mereka sspanjang masa tanpa mengambil muda perkara tersebut.

       Demikian juga dengan isu jalan raya luar bandar tinjauan warga kampung melaporkan bukan sahaja jalan tanah merah merentasi bukit bukau malah ada yang langsung warga berjalan kaki tanpa jalan raya, silih berganti wakil parlimen dan wakil Dewan Undangan Negeri  setiap 5 tahun namun pengorbanan undi orang kampung langsung tidak dipandang dengan pertimbangan membantu mereka selepas menang dan mendapat jawatan ungkap mereka. 

            Sampai bila kah isu pedagang rokok seludup mampu dihapuskan tanpa dilihat lagi berkeliaran dibandar dan pekan termasuklah poket baju golongan perokok berbilang darjat, demikian juga isu jalan raya luar bandar entah bila mampu dibina semuanya sedangkan tiap 5 tahun orang politik minta diundi mahu jawatan menjadi Yang Berhormat tanpa ingat pejalan kaki. 











Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan