Kuala Lumpur. Rakyat Sabah mengaku sudah tidak tertahan me
lihat setiap hari
Lobang jalan raya dinegeri Sabah bukan perkara baharu malah bertahun tahun sudah berlaku akibat tidak ada pengawasan sirius, ianya jelas seperti pengaspalan dalam laluan kenderaan 8 tan kebawah, namun yang melintasi jalan raya berkenaan selepas disiapkan adalah kenderaan dengan muatan melebihi 20 tan sebuah kenderaan ujar penduduk Sabah.
Seperkara lagi yang berlaku adalah Jambatan Laluan Kenderaan yang dibina menggunakan batang bambu entah ilham dari mana yang diguna pakai tanpa terfikir isu keselamatan pengguna, ini didedahkan penduduk Sabah yang merasa terkilan mengapa sebegitu rupa masaalah rakyat Sabah berbanding negeri Sarawak yang mampu ditangani kerajaan negeri jelas mereka.
Isu kelembaban pembangunan dan ekonomi Sabah wajar ditangani secara sirius seperti kerajaan Sarawak buat disamping bantuan kerajaan madani pusat, hanya ketelusan dan kejujuran pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan mampu merubah segala permasaalahan yang dihadapi seluruh penduduk Sabah diluar bandar.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan