Khamis, 27 Mac 2025

ORANG KAMPUNG TERUS TERBIAR

Oleh. GifkirAming

Sabah. Majoriti jalan raya perkampungan terpencil bagai laluan balak jika musim tengkujuh terutama kawasan tanah tinggi tidak beraspal sangat jelas tidak mampu dilalui kenderaan kecil.

      Isu seumpama menjadi bebanan orang asli Sabahan yang menduduki tanah geran persendirian dan bukan nya masyarakat yang suka membina rumah rumah setinggan ditanah orang, namun yang peliknya orang politiking masa kini lebih suka melawat dikawasan pembinaan rumah setinggan berbanding melawat perkampungan tanah bergeran tegas mereka.

         Menurut orang asli Sabahan, kebanyakan perkampungan mereka  adalah bergeran sejak sebelum 1963 dan terus menjadi perkampungan mereka sampai masa kini, anehnya masih ada yang belum dibina jalan raya walaupun silih berganti pemimpin parti politik Sabah dengan pelbagai slogan setiap kali pilihan raya namun kosong terus dinanti.

        Majoriti  perkampungan tanah tinggi bagi negeri Sabah dilaporkan terus terabai dalam pembinaan jalan raya walaupun pemimpin silih berganti, sebaliknya bila mana sampai pilihan raya pemimpin parti politik bukan main menabur kata kata untuk meraih sokongan undi parti mereka wakili. 

          Sehubungan dengan pendedahan  ini warga asli Sabah mengingatkan semua warga pengundi agar berwaspada memilih pemimpin prihatin dan bukan menabur janji sahaja, membantu rakyat jelata bukan kerja bermusim sebaliknya bersiap siaga bila mana sahaja penduduk kampung meminta bantuan apa juga keperluan masyarakat setempat tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan