Plastine. Semua kekejaman zionis Israel mengapa di
sasar kepada um
at Islam di Gaza dan Rafah tanpa perikemanusiaan, mereka bukan sahaja membunuh memusnahkan rumah kediman umat Islam malah tiap masa menghalang bantuan dari luar memasuki Gaza. Kebanyakan bantuan pakaian, perubatan dan makanan yang ngo luar negara hantar ke Gaza sering disekat oleh zionis Israel penuh derita warga Islam dekat sini, anehnya sebilangan pemimpin negara seluruh dunia umpama tidak mampu menghalang sebarang tindakan zionis Israel yang telah banyak memusnahkan Gaza dan Rafah.
Zionis Israel tidak cukup memutuskan bekalan air paip setiap rumah umat Islam dalam rumah yang dibedil sampai menyembah bumi, kini sekali lagi bekalan letrik seluruh Gaza diputuskan oleh zionis Israel sehingga penduduk Gaza hanya menggunakan cahaya lampu minyak dan unggun api waktu malam akui mereka.
Menurut penduduk Gaza dan Rafah, sampai bila rakyat jelata dalam kawasan Gaza dan Rafah dijadikan mangsa oleh zionis Israel hanya kerana mereka gagal mengesan pejuang Hamas dan AlQassam, jika pejuang tersebut yang mereka buru mengapa rakyat jelata yang dibedil termasuklah rumah rumah serta bangunan Hospital kemudahan rakyat jelata setiap masa bagi mendapat rawatan khususnya pesakit kronik ungkap mereka.
Berdasarkan pandangan pemerhati penduduk Lubnan yang kerap melawat Gaza dan Rafah zionis Israel dilaporkan pakar dalam mengesan musuh musuh mereka, sebaliknya yang bergelimpangan terbunuh dan cedera setiap kali seramgan bom mereka adalah golongan kanak kanak wanita dewasa dalam runtuhan rumah kediaman jelas mereka.
Tidak nampak jenazah pejuang yang terkorban apa tak lagi cedera parah setiap kali Israel membedil bangunan rumah penduduk Gaza dan Rafah, ianya menjadi tanda tanya warga Lubnan dimana sebenarnya kepakaran Israel bagi mengesan musuh musuh mereka seperti Hamas dan AlQassam soal mereka.
Sehingga berita ini ditulis seluruh Gaza masih terus bergelap diwaktu malam akibat bekalan tenaga letrik telah diputuskan oleh Israel tanpa sebarang perikemanusiaan, semua bantuan makanan, pakaian dan perubatan yang disalurkan menerusi piagam bangsa bangsa bersatu juga terus disekat oleh Israel hingga kini entah sampai bila dilepaskan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan