Sabah. Pengundi negeri ini akan terus menanti jelajah PKDM dengan teraju baharu antara Priscella Peter yang menggantikan Datuk Peter Anthony dan Datuk Wetrom Bahanda Timbal
an Presiden PKDM bagi
Sebaik sahaja Datuk Peter Anthony dijatuhi hukuman menjalani penjara PKDM dilaporkan sudah bermesyuarat bagi menentukan halatuju perjuangan parti mereka dimata pengundi Sabah.
Menurut beberapa pengundi Sabahan yang ditemui, perbezaan pandangan antara pemimpin parti politik dengan rakyat pengundi terlalu jauh sekali, penimpin parti politik boleh terbuai dengan kehadiran rakyat jelata pada setiap kali mereka melawat.
Sebaliknya rakyat jelata berdaftar sebagai pengundi bakal memilih siapa pemimpin parti politik yang jujur dan prihatin semua rakyat, bukan seperti sebilangan pemimpin parti politik yang lebih memilih orang orang tertentu menjadi harapan mereka menghubung rakyat.
Jika PKDM menyahut seruan rakyat pengundi menjelajah seluruh 73 kerusi Dun Sabah sebelum Dun dibubarkan penuh kesungguhan, perkara mustahil pengaruh mereka tidak meningkat dalam masa pilihan raya negeri akan datang apa tak lagi kepimpinan mereka bergerak aktif menemui pengundi luar bandar.
Hanya keputusan kepimpinan tertinggi KDM sahaja yang memastikan sejauh manakah pertemuan lebih kerap mereka dengan semua rakyat pengundi sebelum Dun Sabah dibubarkan ungkap penduduk Sabah hari ini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan