Khamis, 27 Mac 2025

LARIS BAGAI GORENG PISANG

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Perniagaan harian mereka laris umpama goreng pisang  ditepi tepi kedai mahupun lorong pejalan kaki  dan tepi pasar sayor tanpa perlu membayar cukai mahupun lesen sepanjamg masa.

    Para penjual ini tidak pernah takut dalam cerita mereka terhadap pelanggan atas alasan mereka memiliki Kad Pengenalan Malaysia penuh angkuh pada warga sekeliling, sebaliknya bila operasi bersepadu setiap penguatkuasa pastinya mereka hilang  entah kemana tanpa menunggu pemeriksaan dilakukan jelas warga anti rokok seludup kaki lima.

       Kes seumpama dilaporkan bukan perkara baharu malah puluhan tahun sudah dikenali pelanggan seluruh Sabah namun tidak ada yang tampil mendedahkan perbuatan penjualan rokok seludup, selain dari itu lebih ramai menjadi pelanggan mereka dikalangan warga Sabah berikutan harga nya murah disamping  ada tambahan percuma jika membeli banyak ujar orang ramai.

     Media Terkini dimaklumkan penjual rokok seludup ada dimana mana lokasi seluruh Sabah berikutan pelanggan dikalangan kaki rokok murah bertambah, ianya jelas ramai warga Sabah sanggup membantu membeli rokok seludup walaupun mereka tahu langkah mereka salah menggalak penyeludupan sepanjang masa.

       "Bagaimana mahu membasmi penyeludupan rokok seluruh Sabah oleh pihak berkuasa jika warga Sabah terus menjadi pelanggan setia pada penjual rokok seludup berkenaan".







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan