Selasa, 4 Mac 2025

HOUTHI PENCABAR MUSUH ISLAM

Oleh. Huzera Ben

Yaman. Mengimbas kekejaman Israel yang berpayongkan pada Amerika Syarikat pejuang HOUTHI tekad melancarkan serangan besar besaran keatas Israel dan Laut Merah laluan perdagangan luar Amerika Syarikat.

     Semuanya dilaporkan bergantung dengan perkembangan serangan Israel keatas Gaza, Rafah, Tebing Barat dan Lubnan berhenti atau berterusan, malah Pejuang Houthi juga memiliki kemahiran peperangan luar biasa disamping punya persenjataan canggih dan moden hasil usaha mereka sendiri. 

      Pejuang Houthi juga dilaporkan memiliki rangkaian hubungan luar negara dengan para pejuang Islam serantau bagi memperolehi bantuan persenjataan canggih, tidak hairan lah mereka (pejuang Houthi) berani berhadapan dengan dasar urusniaga luar luar negara Amerika Syarikat yang menggunakan Laut Merah sebagai laluan utama mereka.

        Malah Pejuang Houthi juga dilaporkan tak pernah tunduk dengan kezaliman Zionis Israel jika ada ruang laluan mendepani pertempuran dengan mereka, itu lah tekad perjuangan kumpulan Houthi  yang kerap membedil kapal dagang Amerika Syarikat dikawasan perairan Laut Merah sebagai desakan agar berhenti membantu Israel.

     Sehingga berita ini ditulis, persediaan perang pejuang Houthi  dengan musuh Islan seperti Israel dan Amerika Syarikat terus dipertingkatkan, latihan perang diperkasa disamping mempersiapkan pelbagai senjata canggih dan moden agar mampu mempertahankan kumpulan mereka dari serangan balas musuh.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan