Sabah. Mampukah rokok seludup kaki lima mencapai sifar sebelum pilihan raya negeri penghujung tahun ini, persoalan ini disuarakan oleh warga anti merokok orang Sabah masa kini.
Kebanyakan warga Sabah yang anti merokok terkilan tiap hari masih ramai jual rokok disetiap lorong kaki lima kedai mahupun pasar sayor, adakah golongan terlibat boleh ghaib sehingga gagal dikesan pihak berkuasa terutama dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang jelas mereka.
Isu lambakan penjualan rokok seludup dalam bandar mahupun pekan pekan terpencil dinegeri ini menjadi kebimbangan golongan tidak merokok bagai tidak berpenghujung, malah kanak kanak antara 9 hingga 14 tahun muda sahaja membeli rokok seludup jika kumpulan warga asing yang menjalankan urusan jual beli setiap hari terang mereka.
Rokok seludup terus meningkat berikutan terlalu banyak permintaan dikalangan kaki rokok seludup tiap hari termasuklah sebilangan pekerja didalam agensi kerajaan, tidak hairan lah lambakan pedagang rokok seludup sentiasa bertambah berikutan permintaan dikalangan campuran pekerja asing berserta penduduk tempatan setiap hari sepanjang masa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan