Jumaat, 28 Mac 2025

KOTA BELUD SIAPA BERPENGARUH?

Oleh. Koijul Hairol  

Pekan Kota Belud. Menjelang pilihan raya negeri Sabah akan datang terlalu sukar membuat ramalan seluruh kerusi Dun Kadamaian, Dun Tempasuk, Dun Usukan dan Dun Pintasan berikutan kebanyakan orang politik selamba kurang bersuara.

     Ini didedahkan warga tempatan yang ditemui sebagai pandangan berhubung kerusi  setiap dun tersebut sehingga masa kini tidak banyak perbezaan parti mereka, malah ada juga parti politik yang sengaja berdiam diri  melihat rakyat jelata bersuara dalam pelbagai hak hak mereka keatas pemimpin parti politik yang mahu menjadi calon.

       Kota Belud memiliki 4 kerusi Dun dan hanya satu kerusi parlimen masa kini walaupun terlalu luas kedudukan nya namun belum ada penambahan kerusi kawasan tersebut, siapakah pilihan rakyat sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya negeri pada tahun 2025 yang dijangka oktober akan datang dengan pelbagai ramalan warga seluruh parlimen Kota Belud.  

        Parlimen Kota Belud masa kini dikuasai oleh kepimpinan dari Parti Warisan Sabah namun setiap kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut masih samar parti mana memenangi selepas pilihan raya negeri, persoalan ini hanya boleh dijawab oleh setiap calon dari parti parti yang bertanding bagi empat kerusi Dun dalam parlimen Kota Belud berdasarkan keberkesanan setiap sumbangan dan pertolongan yang dihulurkan jelas mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan