Jumaat, 7 Mac 2025

BANGUNAN KOMPLEKS SEGAMA HARUS DIKAJI

Oleh. Basron Kirwan dan Gifkir Aming

Kota Kinabalu. Tragedi runtuhan kedai kawasan kompleks segama perlu diberi perhatian sirius oleh kerajaan Sabah, kajian terperinci seluruh bangunan lama kawasan tersebut (kompleks Segama) wajib dilakukan berikutan bangunan sekitar sudah terlalu lama puluhan tahun.

      Selain kompleks Segama turut dilaporkan bangunan lama ialah kompleks Sinsuran Compleks yang juga menjadi sasaran para penyewa bilek kediaman bulanan kedua dua kawasan tersebut, malah runtuhan lantai tingkat satu bangunan kompleks Segama turut mencederakan seorang wanita ditingkat bawah bangunan tersebut dikeali Wang Way dalam usia lingkungan 55 tahun.

      Menurut warga Kota Kinabalu yang ditemui, bangunan kompleks Segama merupakan bangunan yang tertua sekali dipusat bandar, namun tidak ramai yang menyedari secara keseluruhan sehingga banyak yang membina bilek bilek sewa  dipercayai menggegarkan lantai simen berkenaan setiap membina bilek sewa sepanjang tahun.

       Sehubungan kejadian tersebut hanya kerajaan Sabah yang mampu menguatkuasakan pemeriksaan Bilek bangunan  sewaan sekitar Segama, Sinsuran dan Kampung Air mahupun Gaya Street amnya ujar warga tempatan yang ditemui hari ini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbaar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan