Kuala Lumpur. Kesungguhan membenteras penjualan rokok seludup disetiap negeri sebenarnya tidak susah jika setiap warga perokok orang Malaysia nekad bersatu, kearah membantu kerajaan membasmi setiap penjualan rokok seludup dimerata tempat setiap negeri sepanjang masa tanpa dipengaruhi dengan harga murah atau sesekali mendapat harga percuma.
Rokok seludup dalam Malaysia akan berhenti sendiri jika dalam tempoh tiga bulan keatas tidak ada yang membelinya malah penyeludup tidak akan berkerja jika tidak bergaji selama tiga bulan, isu lambakan rokok seludup boleh dikaitkan dengan jutaan perokok rakyat Malaysia mahupun pekerja asing yang melanggani nya setiap hari tanpa henti dari bandar sampai keladang luar bandar.
Menurut beberapa pesara anggota keselamatan Malaysia yang ditemui, sungguhpun siang malam rondaan dilakukan pada setiap penjuru sempadan penyeludupan tidak akan berhenti akibat jutaan orang yang menunggu rokok tersebut, tidak hairan lah setiap operasi tangkapan rokok seludup dilakukan bukan sedikit bekalan yang dirampas oleh pihak berkuasa malah ramai warga Malaysia yang menjadi keldai penyimpan dirumah atau ditanah milik mereka.
Dalam konteks ini setiap perokok warga Malaysia yang dianggarkan jutaan orang wajar bersatu membuang amalan melanggani rokok seludup dalam tempoh 4 bulan, ini bakal memudah kan pihak berkuasa mengesan pekerja asing yang masih terus melanggani rokok seludup melalui majikan mereka walau dimana pun berada didalam negara ini tegas orang ramai.
Setiap negeri dalam Malaysia ada sahaja rampasan rokok seludup setiap bulan dalam jumlah yang banyak tanpa pemantauan terhadap jutaan pelanggan mereka dikalangan warga Malaysia, malah ada juga dilaporkan penjawat awam tidak segan silu melanggani rokok seludup setiap hari dikaki kaki lima kedai sebelum bergerak kepejabat mereka setiap hari tanpa segan ditonton orang ramai.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan