Jumaat, 21 Mac 2025

BANTUAN SYUKUR ORANG KAMPUNG KEMPUNAN

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Isu bantuan yang diperkenal kerajaan Sabah buat rakyat miskin dijangka ramai orang kampung KEMPUNAN berikutan tidak berdaya menemui pemimpin di UPPM yang jauh. 

       Selain dari itu ramai juga pemimpin JPKKK yang hampir setahun tidak disambung perlantikan mereka oleh kerajaan negeri, malah para pegawai dipejabat UPPM Setiap Dun tidak bergerak mendaftar orang kampung yang susah walaupun mereka dibayar gaji setiap bulan oleh kerajaan Sabah. 

      Ini didedahkan orang kampung terpencil yang bakal KEMPUNAN menerima bantuan Syukur dari kerajaan negeri berikutan tidak ada pendaftar melawat kampung menemui mereka, selain dari itu majoriti penduduk Sabah yang bergaji RM1,000 dan kebawah sebulan gagal didaftar dalam E.Kasih walaupun ramai tinggal dirumah usang sejak bertahun tahun lamanya jelas mereka.

      Menurut orang kampung terpencil, seharusnya para pegawai dipejabat UPPM setiap kerusi Dun Sabah (73 Dun) bergerak ke kampung terpencil mendaftar orang miskin, mereka dibayar gaji bulanan namun tidak prihatin melawat kampung kampung jauh terpencil mendaftar orang miskin bagi menerima bantuan bulanan demi sara hidup anak isteri ujar mereka.

   Seharusnya golongan pemaju mukim atau pemaju masyarakat bergerak keperkampungan jauh terpencil bagi mendaftar bantuan syukur serta E. Kasih tanpa membebankan orang miskin diperkampungan terpencil, sebaliknya orang kampung miskin diarah menemui dipejabat UPPM berpuluh batu tanpa kenderaan dengan puluhan ringgit sewa kenderaan dalam mendaftar permohonan rakyat keluh mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan