Kuala Lumpur. Isu pemandu degil diseluruh negara hanya boleh dihentikan dengan dua cara iaitu denda berat atau gantung lesen lebih setahun bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan kedua dan seterusnya sepatutnya tidak ada maaf bagi mu dengan membatalkan lesen memandu mereka agar menjadikan satu pengajaran semua pemandu diseluruh negara, ini disuarakan oleh kumpulan veteran keselamatan negara yang keciwa sebilangan pemandu kenderaan awam masa kini langsung tidak menghormati peraturan jalan raya.
Sikap pemandu degil dan kerap melanggar undang undang bukan sahaja di Semananjung Malaysia malah turut berlaku di Sabah menurut para pembaca Media Terkini Borneo, malah yang dasyat pemandu memandu hampir 15 tan pada jalan raya muatan untuk 5 tan sahaja sehingga jalan raya luar bandar Sabah umpama sawah padi musim hujan tegas mereka.
Selain dari itu ramai pemandu degil sesuka hati meletak kenderaan ditepi jalan raya entah apa yang ditunggu tanpa kelibat sampai berjam lamanya, ini lah satu perkara yang menggusarkan orang awam diseluruh negara jika tidak ada tindakan dilakukan pihak berkuasa disetiap negeri seluruh Malaysia jelas warga yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan