Jumaat, 7 Mac 2025

POLITIK SABAH MASIH BERTEKA TEKI

Oleh. Basron Kirwan 

Sabah. Orang asal negeri tersebut masih berteka teki dengan politik tempatan yang cuba menjejaki bumi kenyalang dengan agenda parti gabungan  Sarawak memerintah.

      Namun ramai orang asal  bimbang dengan permaufakatan mereka yang masih samar berbanding dengan etnik yang lain membanjiri Sabah dibawah bayu sejak puluhan tahun yang lalu, jika tersilap perhitungan orang asal  Sabah dalam memberi sokongan mana mana gabungan parti tempatan pasti mereka boleh dikuasai  oleh etnik ramai ungkap mereka.

       Dalam percaturan parti politik  antara Sabahan dan parti politik berasal dari Semananjung Malaysia  yang juga diterajui  warga Sabah sendiri,  banyak persoalan yang bermain  dalam daya fikir orang asal Sabah berkait  ketelusan  kebertanggongjawaban disamping keprihatinan sebenar sebilangan pemimpin mereka. 

      Ini lah yang sukar dirungkai sebilangan orang asal Sabah jika kurang berhati hati memilih parti politik yang mampu memenuhi segala isi hati warga dalam negeri khususnya orang asal, kemelut ini menyebabkan ramai orang asal negeri ini terus mengharap parti dari luar Sabah masih boleh dipilih agar boleh mendapat nasihat pusat jika mereka diabaikan sebilangan pemimpin warga Sabahan kelak.

       Antara kebimbangan segelintir orang asal Sabahan adalah jika tidak ada lagi pengawasan pemimpin parti memerintah dari Malaya dimana hendak mengadu jika mereka disisihkan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa  kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan