Isnin, 3 Mac 2025

SAMPAI BILA PENYELUDUPAN BERAKHIR?

Oleh. Koijul Hairol dan Norsham Haji Tukirin

Keningau. Rampasan pasukan keselamatan rokok seludup bernilai anggaran RM21 juta dibeberapa kawasan daerah Keningau menjadi tanda tanya milik siapa tanah penyimpanan rokok seludup berkenaan.

     Bayangkan majoriti penjaga rokok seludup berkenaan dilaporkan rakyat negara jiran Indonesia di gudang jalan Patikang Ulu dan Jalan Mongitom Bunga Raya Kikiran menurut laporan Supertendan Yampil Anak Garai Ketua Polis Daerah Keningau.

     Isu tangkapan 7 lelaki warga Indonesia bukan satu penyelasaian utama dengan penyeludupan rokok seludup ini, sebaliknya milik siapa tanah dan gudang serta rumah kediaman warga asing yang menjalankan penyeludupan rokok berkenaan.

      Bayangkan lah 871 kotak rokok dan 7 kenderaan dirampas di Jalan Patikang Ulu dan Jalan Mongitom Bunga Raya Kikiran, manakala 280 karton rokok seludup lagi dirampas bagi kawasan jalan Apin Apin bersama menahan lagi seorang lelaki dikawasan terlibat.

      Adakah warga asing berkenaan mampu memiliki tanah, gudang, rumah didaerah Keningau bagi penyimpanan rokok seludup mereka, ini lah topik panas yang menjadi perbualan hangat beberapa penduduk Sabah bagaimana warga asing boleh menjalankan penyimpanan rokok seludup di pedalaman.

       Mujur lah polis berjaya menangkap dan merampas rokok seludup berkenaan namun orang Keningau wajar menyedari  bahawa jika dibiarkan tanah dan rumah diduduki orang asing, pastinya penyeludupan tidak akan berhenti sampai bila bila apa tak lagi jika orang asing terlalu ramai duduk disesuatu kawasan penyeludupan akan muncul juga dimasa hadapan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan