Jumaat, 14 Mac 2025

HARGA NASI TERUS MENINGKAT

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Hendak makan dekat restoran berbeza beza pastinya menawarkan harga berbeza beza mengikut jiwa pemilik kedai mahupun ketua pekerja dikedai terlibat.

   Harga beras RM27.00 bagi 10 kilogram masa kini namun harga makan nasi semangkuk kecil serendah RM2.00 bagi nasi kosong, berapa mangkuk kah boleh dijual nasi kosong dalam jumlah 10 kilogram bagi nilai  RM 27.00 yang tidak disedari orang Sabah sendiri.  

        Isu harga nasi dalam negeri ini dilapor membebankan orang orang miskin jika turun kepekan mahupun bandar jika memasuki restoran, mana kan tidak jika semangkuk kecil nasi putih tanpa lauk berharga lebih RM2.00 dan keatas tiap hari sehingga mengejutkan orang orang miskin.

        Bebanan seumpama bukan satu perkara baharu bagi warga miskin diseluruh pekan dan bandar tanpa dihiraukan golongan yang berada, malah ada juga golongan peniaga yang  bijak memberi jawapan jika diserbu pihak berkuasa tempatan tanpa mengira tekanan orang miskin. 

      Dalam konteks ini  semua orang miskin yang terbeban dengan kehidupan dalam kos tinggi membeli  barang makanan boleh membuat pemilihan dimana mana peniaga bertimbangrasa, bagi peniaga yang hanya mengaut keuntungan tinggi tanpa menimbang orang orang yang miskin boleh ditinggalkan untuk selama lamanya demi menjimat perbelanjaan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

         
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan