di
Dun Kerambunai. Menyantuni orang orang miskin dikampung terpencil dibulan Ramadhan sangat menyentuh perasaan warga desa, apa tak lagi disertai sedikit sumbangan barang dapur tanpa membebankan orang kampung yang jauh terpencil turun kepekan untuk mendapatkan nya.
Ini disuarakan penduduk kampung Kebayau Tamalang Telipok semasa menerima sumbangan makanan yang disampaikan oleh Datuk Dr. Aliakbar Gulasan Adun Lantikan kerajaan negeri Sabah masa kini, beliau yang juga selaku Pesuruhjaya Pas negeri Sabah masa kini mengakui sangat tersentuh mengingati orang miskin dibulan Ramadhan yang mulia sehingga menemui golongan warga kampung jelasnya.
Mengingati kepayahan orang miskin dengan menghulur sedikit makanan walau berapa jauh sekalipun orang kampung perlu disantuni agar bebanan mereka mampu diringankan seketika, tidak ada yang mampu disampaikan melainkan doa agar mereka dilimpahkan reziki serta diberi kesihatan yang baik sepanjang mengamalkan ibadah puasa jelas beliau.
Kru Media Terkini Harian Kuala Lumpur dimaklumkan sejumlah 30 keluarga yang miskin dikampung tersebut mendapat bantuan makanan berkenaan, turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan makanan tersebut adalah KK. Seribin Sion selaku Ketua Kampung Kebayau Tamalang bersama Rizuan Angun Pengurusi Surau Ar.Rahman Kg. Kebayau Telipok.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan