Setiap kali jualan Bazar Ramadhan berlangsung ribuan orang merebut peluang menyertainya diseluruh negara, ianya majoriti warga beragama Islam termasuklah Sarawak dan Sabah yang bermula sebelah petang setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
Keuntungan golongan terlibat juga bukan kepalang jika dihitung harga makanan dan minuman yang dijual bagi umat Islam berpuasa disetiap negeri dan daerah berlangsung bazar berkenaan, sebaliknya berapa ramai masyarakat tanpa mengira pangkat dan kedudukan mampu meneliti kebersihan makanan yang dijual setiap Bazar Ramadhan berjalan antara jam 3.00 petang hingga jam 6.00 petang.
Kebanyakan peniaga Bazar Ramadhan leka berjualan sehingga terlupa membawa bersama Tudung Penutup semua jualan makanan sepanjang menjalankan perniagaan, ianya dilaporkan terbuka setiap hari berniaga sedangkan sudah dimasak awal dan berniaga dikawasan lapang terbuka tanpa dinding entah berapa banyak debu atau virus diterbangkan oleh angin ujar orang ramai.
Menurut warga yang sayangkan keluarga mereka ketika ditemui, jika berkunjung ke Bazar Ramadhan sekalipun hendaklah memilih golongan peniaga yang benar benar menutup semua perniagaan mereka, tidak semua peniaga di Bazar Ramadhan itu mematuhi kebersihan makanan jualan mereka keatas pelanggan semata mata mahu mengaut keuntungan dari setiap pelanggan yang membeli setiap hari jelas mereka keciwa.
Langkah yang perlu diutamakan jika berkunjung ke Bazar Ramadhan mahupun Pasar Malam atau Gerai Makan sepanjang minggu adalah meninjau terlebih dahulu setiap makanan yang dijual sentiasa bertutup, jika terbuka tanpa penutup digerai meja mereka elok tinggalkan tanpa membeli demi menjaga kebersihan makanan dan minuman yang hendak dibawa pulang untuk hidangan keluarga dirumah masing masing sepanjang masa ujar warga yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan