Kuala Lumpur. Lambakan makanan disetiap pembuangan sampah tiap hari sepanjang bulan ramadhan menjadi tanda tanya siapakan sebenar yang membazir?.
Berdasarkan kepada lambakan makanan yang dibuang dilaporkan bukan berharga ratusan ringgit malah mungkin mencecah diatas ribuan ringgit, jika orang miskin tidak mungkin tergamak membuang makanan melainkan sebilangan warga kaya yang tidak terfikir derita orang orang miskin tegas orang ramai.
Selain golongan orang mewah yang mengadakan majlis berbuka puasa dihotel hotel terkemuka atau restoran restoran lima bintang, ada juga orang kaya yang mengadakan majlis dirumah mereka yang tidak habis makanan terus lupa pada orang miskin dikampung kampung terpencil sepanjang masa.
Semua juadah berbuka dikalangan orang kaya hanya menjadi penghuni pembuangan sampah selepas waktu berbuka hampir setiap hari, ini diakui oleh sebilangan petugas pembuangan sampah sektor swasta yang kerap kali menonton lambakan makanan dipusat pembuangan sampah tiap masa.
Pernahkan orang kaya melawat orang miskin diluar bandar sepanjang bulan ramadhan apa kah juadah Sahur dan Juadah berbuka mereka?, ada juga yang masih makan ikan kering termurah ditamu mingguan atau ikan basung kering akibat kekurangan kemampuan kewangan.
Namun disebabkankan tidak ada orang kaya tampil bergerak kerumah rumah orang miskin dikampung kampung termasuklah orang parti politik, maka lebihan makanan yang masih elok hanya menjadi penghuni tong sampah setiap tahun walaupun masih puluhan ribu orang miskin diperkampungan terpencil setiap tahun.
Warga miskin bukan sahaja diseluruh tanah Melayu malah ianya juga banyak dilaporkan sekitar perkampungan terpencil Sarawak dan Sabah, semua mereka hanya menonton lambakan makanan yang dibuang oleh orang orang kaya disetiap pembuangan sampah sepanjang bulan Ramadhan jelas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan membua iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan