Sabtu, 8 Mac 2025

PENDAKI GUNUNG BERSUARA

Oleh. Koijul Hairol / Qeyim Hezemi Hamid

Kota Kinabalu. Selepas berlaku kematian semasa mendaki gunung kinabalu baru baru ini, silih berganti suara warga berhubung kejadian tersebut sedangkan puluhan tahun lalu kebanyakan senyap tanpa pandangan yang bernas.

        Ini disuarakan sekumpulan pendaki veteran era 80 an dan 90 an kepada Media Terkini Borneo berhubung syarat sebenar keperluan mendaki, mengapa tidak mengikut prosuder pasukan keselamatan dalam apa juga aktiviti wajib mendapat kelulusan ujian kesihatan terlebih dahulu tegas mereka.

       Sebenarnya dalam negara Malaysia cukup cara pembelajaran jika meminta nasihat dari Tentera dan Polis sepanjang tahun menerima pendaki Gunung Kinabalu, namun ramai yang terlepas pandang dalam isu keselamatan golongan pendaki sedangkan kepakaran Tentera dan Polis Malaysia cukup bagi rujukan sebenar dalam isu tersebut.

       Daya usaha meminta bantuan nasihat  dari Tentera dan Polis bagaimana memastikan setiap pendaki perlu menerima pemeriksaan kesihatan dari doktor pakar sebelum mendaki, namun selepas kejadian kematian bertukar ganti kenyataan warga konon nya perlu perubahan drastik bagi menjaga pendaki yang sihat sampai puncak Kinabalu.

       Syarat muda bagi menjaga situasi pendaki Gunung Kinabalu seminggu atau lebih harus mendapatkan Sijil Pengesahan Kesihatan dari doktor pakar seperti Tentera dan Polis Malaysia setiap melakukan apa juga aktiviti lasak pasukan nya, jika ini dilakukan sejak sekian lama pasti segala isu yang timbul dapat dihindari sebaik mungkin dimana golongan pesakit jantung atau pesakit kronik ditegah sama sekali mendaki gunung tersebut walau apa cara sekalipun ujar mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan