Rabu, 5 Mac 2025

APAKAH NEGARA ISLAM BERDIAM DIRI

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono 

 Gaza. Apakah pe

mimpin negara negara Islam berdiam diri dengan bantahan Amerika Syarikat keatas pembangunan semula Gaza oleh Arab Saudi serta Mesir sebagai membantu rakyat Plastine setempat.

        Dilaporkan Donald Trump marah dengan cadangan Arab Saudi dan Mesir mahu membangun semula Gaza selepas di hancurkan oleh zionis Israel, namun betapa peliknya Amerika Syarikat yang konon nya dilaporkan mahu membangun Gaza sedangkan negara negara Islam sekeliling dinafikan membangun nya.

        Menurut warga Gaza Amerika Syarikat tidak ada hak mahu membangunkan Gaza selagi negara negara Islam sekeliling Plastine boleh membangun tanah air mereka, malah kesungguhan Arab Saudi serta Mesir bagi membangun Gaza sudah cukup memberi semangat kepada warga Gaza setelah mereka dihancurkan oleh Israel bersama Amerika Syarikat.

       Dalam kesungguhan Amerika Syarikat mahu membangun Gaza negara negara Islam sekeliling Plastine perlu bertindak lebih awal bagi menghalang mereka, jika dibiarkan sudah pasti Israel besar peluang menguasai Gaza dan Rafah berikutan kekuatan sekutunya Amerika Syarikat bagi membuat keputusan berpihak pada Israel.

       Hanya permaufakatan negara negara Islam sekeliling kearah membangun Gaza dan Rafah mampu menyelamatkan cengkaman Israel keatas bumi Plastine, kegagalan negara negara Islam sekeliling Plastine bagi mencegah Amerika Syarikat membangun Gaza dan Rafah hanya memberi ruang Israel menguasai sepenuhnya Gaza dan Rafah.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan