Sabah. Setiap penumpang bus pengangkutan awam berhak memilih pemandu berdisiplin, lengkap dengan segala keperluan sebagai pemandu bus mini dan bukan nya pemandu yang sembunyi tanpa lengkap sebagai pemandu pengangkutan bus mini awam.
Malah pemandu yang berdisiplin tidak perlu berteriak atau membunyikan hon bertalu talu bus mini mereka sebagai memanggil penumpang, setiap penumpang warganegara Malaysia yang kurang dari usia 60 tahun masa kini memiliki persekolahan dan boleh membaca papan tanda halatuju bus mini mereka.
Antara ulasan kelab pengguna pengangkutan awam negeri Sabah bagi mengulas sikap tidak berdisiplin sebilangan pemandu bus mini kawasan Kota Kinabalu, bayangkan lah sebilangan pemandu yang berkelakuan seumpama akan hilang dari atas jalan raya jika operasi bersepadu semua jabatan dijalan raya bagi mengesan pemandu yang tidak memiliki kelengkapan dalan pemanduan.
Namun dalam masa masa operasi bersepadu tidak dijalankan golongan pemandu gelap mula berlagak diatas jalan raya umpama mereka lah berkuasa, ingat lah pemandu tidak beretika dan meraba dalam kegelapan bahawa penumpang lebih berkuasa memilih bus mini yang dipandu serba lengkap dan bukan nya bersembunyi tanpa kelengkapan.
Kelab pengguna pengangkutan awam Sabah mengingatkan setiap penumpang bus mini berhak memilih pemandu yang serba lengkap agar terlindung dalam setiap perjalanan, mana mana bus mini yang dipandu golongang tidak bersopan dan berdisiplin serta menghilang setiap operasi bersepadu jauhi mereka dari menaiki bus mini mereka jelas kelab tersebut.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan