Rabu, 12 Mac 2025

PEMERIKSAAN MINYAK MASAK WAJAR KEAKAR UMBI

Oleh. Gifkir Aming

Kuala Lumpur. Semua kedai runcit dalam bandar mahupun kampung terpencil perlu diserbu sama rata bagi mengelak penipuan harga bersubsidi, jangan hanya dibandar sahaja diserbu pihak penguatkuasa sementara diluar bandar dan kampung kampung terpencil mengaut untung berkali ganda.

       Antara pandangan orang ramai berhubung dengan kekerapan operasi semua barangan bersubsidi seluruh bandar dinegara ini, namun jarang sekali dilihat membuat pemantauan dan serbuan diperkampungan terpencil walaupun terlalu banyak kedai runcit yang ada diperkampungan jelas mereka. 

         Menurut rakyat berpendapatan rendah, kebanyakan yang dinaik harga kedai runcit diperkampungan adalah Minyak Masak  peket RM2.50 sehingga RM4.50, Tong Gas memasak RM27.00 sehingga RM38.00 dan Gula sehingga RM4.00 sekilogram tegas mereka.

        Rakyat berpendapatan rendah diseluruh negara termasuk lah Sarawak dan Sabah mengharap operasi digerak serentak sebulan 3 kali di luar bandar yang ada kedai runcit, tidak susah pun hendak mengesan mereka dengan berpandukan nama setiap perkampungan berdaftar apa tak lagi memiliki Sekolah  dan Ketua Kampung ungkap mereka. 

       Kes seumpama telah berleluasa sejak sekian lama namun jarang sekali pihak berkuasa memasuki kawasan perkampungan terpencil, ini lah harapan warga berpendapatan rendah supaya golongan peniaga kedai runcit tidak sesuka hati mengaut untung berlebihan kepada orang miskin terang mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan