Ahad, 30 Mac 2025

LARIS SEPANJANG RAYA

Oleh. Koijul Hairol

Kuala Lumpur. Sepanjang hari raya pertama ramai warga mendedahkan paling laris dalam pasaran adalah rokok seludup yang murah dan senang diperolehi.

        Majoriti perokok lebih memilih rokok murah diseluruh negara walaupun mereka tahu ianya salah namun atas alasan berjimat mereka pilih rokok murah, bayangkan lah berapa jualan rokok seludup sepanjang hari pada raya pertama diseluruh negara tambahan pula cuti umum pada semua warga yang akan bersiar siar ujar orang ramai.

        Golongan peniaga rokok seludup dilaporkan bakal mengambil kesempatan berjualan dihari raya pertama bagi mengelak sebarang operasi pihak berkuasa, jika mereka tidak diserbu berjualan sepanjang hari pada hari raya pertama pastinya bakal memperolehi keuntungan lumayan tanpa membayar cukai dan lesen penjaja.

       Ini lah kelebihan mereka yang menjalankan perniagaan rokok seludup diseluruh negara keuntungan lumayan diluar jangka, namun jika tersilap langkah diserbu dan ditangkap pihak berkuasa sudah pasti bukan mudah mereka melepaskan diri tegas warga kota.

       Apapun hanya pihak berkuasa tempatan sahaja yang maha mengetahui sebarang tindakan pada penjual rokok seludup sepanjang perayaan hari raya, bagi pembeli golongan perokok mereka juga sangat mengharap jika penjual rokok seludup memberi sedikit diskaun harga rokok pada musim hari raya pertama.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan