Isnin, 24 Mac 2025

BENARKAH BERAS TEMPATAN TIDAK SERAGAM

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Majoriti warga negara Malaysia merasa hairan mengapa beras tempatan tidak seragam pembelian diseluruh negara, ada negeri negeri yang dilaporkan warga asing boleh membelinya dan ada pula negeri yang dilaporkan hanya pemegang Kad Pengenalan Malaysia yang boleh membelinya.

         Ini disuarakan oleh pembaca Media Terkini disetiap negeri tanah Melayu serta Sarawak dan Sabah perbezaan orang asing muda membeli beras tempatan disetiap kedai dan mini market, manakala ada beberapa negeri tanah Melayu langsung mewajibkan pemegang Kad Pengenalan Malaysia sahaja boleh membeli setiap kampit beras tempatan jelas mereka.

        Kelonggaran warga asing membeli beras tempatan yang dilaporkan bersubsidi hanya merugikan warga asli dalam Malaysia jika tidak diseragamkan serentak, malah ada juga yang mendakwa jika orang asing bebas membeli beras tempatan bersubsidi  diseluruh negara termasuk Sarawak dan Sabah peluang menyeludup kenegara jiran terbuka luas ujar mereka.

        Langkah menetapkan beras tempatan bersubsidi hanya untuk berkad pengenalan Malaysia sahaja wajar dikekalkan tanpa perubahan sepanjang masa, semua kepentingan orang tempatan wajar diperkasakan tanpa dikongsi orang asing yang kekal berkerja gaji tinggi dirantau ini bertahun tahun lamanya.

         Dengan pendedahan ini kerajaan disetiap negeri  harus memandang sirius betapa penting nya beras tempatan bersubsidi diperuntukan terhadap pemegang Kad Penganalan Malaysia sahaja, memberi  peluang warga asing memperolehi  beras tempatan milik semua rakyat Malaysia lebih kepada mementing diri mereka yang terlibat dalam kes seumpama tegas warga Malsysia hari ini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan