Rabu, 5 Mac 2025

KDM PERLU MENGGALAS TANGGONGJAWAB BESAR

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Kepimpinan tertinggi PKDM terpaksa menggalas tanggongjawab besar meyakinkan rakyat Sabah sebaik Datuk Peter Anthony Presiden nya dikekalkan hukuman penjara setahun kelmarin.

      Tanggongjawab menggerak jentera parti PKDM menjelang PRN Sabah 2025  bakal berada dibahu Datuk Wetrom Bahanda merangkap Timbalan Presiden parti tersebut masa kini, namun menggalas  gerakan jentera dalam 73 kerusi Dewan Undangan Negeri jika ditandingi semua parti tersebut bukan satu tugas yang muda bagi mencapai kemenangan.

      PKDM juga kehilangan Presiden parti mereka yang bersemangat kental berani serta berwibawa didalam kancah politik masa kini,  namun dilaporkan kepimpinan parti tersebut bakal mengadakan mesyuarat minggu ini bagi menentukan halatuju parti tersebut mendepani PRN akan datang.

         Satu lagi cabaran PKDM ialah memastikan Dun Melalap yang perlu dipertahankan dalam PRN akan datang dimana PBS sudah mengintainya hari ini, mampukah PKDM mempertahankan kerusi Dun Melalap hanya pemimpin tertinggi parti tersebut yang boleh menemui warga pengundi setempat sehingga PRN akan datang.

       PKDM perlu memiliki keupayaan bagaimana mempertahankan pengundi setia pada mereka tanpa mengguna pakai ahli parti mereka yang tidak jujur pada rakyat, kelekaan kepimpinan tertinggi PKDM dalam perjuangan tanpa memandang sebilangan ahli diperingkat bahagian amnya cawangan boleh memisahkan keyakinan pengundi kelak jelas rakyat.

       Kebanyakan pengundi PKDM dinegeri Sabah mengharapkan agar pemimpin tertinggi parti tersebut mengutamakan pengundi bawahan jika mahu meraih kemenangan besar, ianya penting jika PKDM mahu bergerak solo dalam PRN ke 17 dijangka penghujung tahun 2025 bagi mendepani beberapa parti gabungan yang cukup gah dalam persada politik Sabahan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan