Kuala Lumpur. Warga Malaysia yang mendapat panggilan yang menyamar pegawai kerajaan bagi meminta wang perlu diselidiki dahulu sebelum melayaninya, malah semua masaalah yang berlaku boleh dirujuk kepada pejabat kerajaan terlibat atau mendapat maklumat segala sindeket penipuan yang terdedah pada media massa.
Antara pandangan beberapa veteran keselamatan yang ditemui kru Media Terkini berhubung penipuan agent meminta wang dari keluarga tahanan dibeberapa penjara Malaysia, kumpulan agent yang menyamar berpangkat sarjen beruniform memeras meminta wang membeli barangan keperluan banduan dalam tahanan penuh tanda tanya ujar mereka.
Golongan veteran keselamatan menambah, jika melibatkan penjara warga yang mendapat panggilan telipon meminta wang menbeli barang keperluan mereka dalam penjara hubungi pejabat penjara terlibat, jika ada keraguan dengan sebarang tuntutan terlibat sila datang sendiri ke pejabat penjara tempat keluarga mereka ditahan sebagai memperolehi maklumat kesahihan tuntutan berkenaan.
Sejak beberapa tahun lepas pelbagai jenis Akbar yang mendedahkan agent penipuan demi kepentingan mereka sendiri namun terlalu sedikit melanggani akbar berdaftar, tidak hairan lah ramai warga Malaysia tertipu dengan agent agent yang sentiasa mencari helah mengaut keuntungan dengan senang tanpa warga sedari.
Apapun daya muslihat agent menipu masyarakat diseluruh negara perlu disedari semua warga termasuklah Sarawak dan Sabah, kekeliruan melibatkan jabatan kerajaan hubungi pejabat kerajaan terlibat bukan terus percaya atau mohon pencerahan dari golongan yang berwibawa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan