Isnin, 31 Mac 2025

MARKET AIDILFITRI SEPI

Oleh. Helary Sukiono

Jakarta. Kebanyakan rakyat berpendapatan re
 ndah terpaksa be

rjimat cermat dengan mengurangkan kos pembelian barang makan dalam sambutan Aidilfitri berikutan peningkatan harga mendadak beberapa hari sebelum hari raya Aidilfitri  tahun ini.

         Langkah tersebut dibuat warga berpendapatan rendah demi berjimat cermat dalam perbelanjaan bulanan mereka, malah ramai warga yang menyifatkan kos harga barangan Aidilfitri tahun ini terlalu tinggi berbanding tahun tahun yang lepas jelas mereka. 

         Menurut warga berpendapatan rendah, dalam kehidupan masa kini hanya warga penduduk berpendapatan tinggi  yang mampu menyambut aidilfitri meriah dengan juadah mencukupi, manakala bagi mereka yang bergaji kecil cukup lah merayakan aidilfitri dengan seadanya atau alakadar minuman ringan dan juadah nasi ikan tanpa menempah kueh mueh tegas mereka.

          Rakyat berpendapatan rendah mengharapkan supaya kerajaan dapat membantu menurunkan kadar harga barangan keperluan makanan dipasaran, bebanan warga berpendapatan rendah sukar ditampung jika tidak berjimat cermat dalam situasi peningkatan harga barangan keperluan harian apa tak lagi bagi keluarga yang ramai jelas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

LEMANG DAN MEDIA TIADA BERPISAH

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Pengusaha Lemang Buluh 
 seluruh Tanah 

Melayu bagai tiada berpisah dengan Media Massa setiap musim perayaan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha setiap tahun.

      Sikap bertimbangrasa sebilangan peniaga Lemang warga Melayu dengan menurunkan harga sehingga RM10.00 Sebatang  sebagai rasa prihatin orang miskin, adakah langkah seumpama mampu dicontohi oleh warga Sarawak dan Sabah sebagai keterbukaan bersama Media Massa serta keprihatinan terhadap warga miskin setiap perayaan. 

        Rasa keprihatinan pada orang miskin dikalangan penjual Lemang dan hubungan erat pada semua Media Massa dalam negara ini tidak putus sepanjang masa, tidak hairan lah kebanyakan masaalah diseluruh tanah Melayu pantas diperbaiki atau ditangani oleh pihak berkuasa tempatan sebaik didedahkan warga pada Media Massa.

       Jika amalan seumpama dicontohi oleh warga Sarawak dan Sabah secara berpanjangan tidak mungkin keseimbangan pembangunan  dan ekonomi tidak seiring dengan tanah Melayu setiap masa, namun kru Media di Borneo menyifatkan Media Massa bagi Sabah kurang mendapatkan perhatian masyarakat sejagat walaupun harian mereka tidak menghiraukan nya berbanding tanah Melayu ungkap mereka.

       Sama sama lah kita satu negara memupuk perpaduan saling berganding bahu dalam melaksanakan apa juga usaha bersama, permaufakatan kerjasama dan saling memerlukan antara satu sama lain sangat penting demi keberkesanan pembangunan dan ekonomi penduduk setempat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpar. Pengarang

      

        

SABAN TAHUN BERDUSTA TAPI BERULANG MENUNTUT MAAF

Oleh. Williem Anak Lagau

Borneo. Bicara kisah benar berlaku sepanjang tahun berdusta, memungkiri janji, menyakiti hati, namun bila ada perayaan berulangkali pula memohon ampun dan maaf pada mereka yang diperlakukan sepanjang tahun.

         Ini lah kisah benar yang diperolehi dari warga pembaca  betapa kisah seumpama kerap berlaku namun masih juga diulang sepanjang tahun, bayangkan lah dusta, mungkir janji, mengguris hati orang dan berjanji tidak ditepati berulang sebaliknya memohon maaf diulang berkali kali dimanakah lojiknya kemaafan diterima sedangkan berulang kali sudah tegas pembaca. 

         Kejadian seumpama didedahkan warga pembaca akbar ini berlaku dalam Sabah dibawah bayu manis sungguh ungkapan maaf, namun tidak sampai sebulan sudah mengulangi perbuatan lalu sehingga ungkapan maaf sudah tidak bermakna dari mangsa yang diperlakukan. 

       Kesungguhan dalam permohonan maaf harus diteliti terlebih dahulu adakah golongan pelaku benar benar tidak mengulanginya lagi atau sebaliknya, jika tidak seiring keinsafan dan keiklasan bagi menjauhi perbuatan lamanya baik tidak payah memohon maaf  demi menjadi pedoman setiap mangsa menjauhi golongan pelaku.

     Menurut sebilangan mangsa pendustaan, mungkir janji, dibohongi, didustai, dikhianati orang  wajar golongan pelaku dijauhi warga sekeliling, masyarakat tidak rugi menjauhi golongan terlibat apa tak lagi jika mereka mewakili orang politik elok sahaja setiap warga menjauhi pihak terlibat.

       





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam Akbar Harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

KAEDAH PENJAGAAN KESIHATAN KELUARGA

Pemakanan setiap musim perayaan pasti kurang keseimbangan dalam pengawalan, apa tak lagi pelbagai juadah yang terhidang didepan mata pastinya dicuba juga.

       Dalam konteks seumpama para pelanggan yang budiman boleh mencuba produk kami khususnya warga dewasa agar kesi
 hatan sentiasa 

terjaga dengan pengawalan seimbang.

     Pelanggan hanya menggunakan COSLO minuman terpilih sejak tahun 2005 lagi namun baru memasuki Sarawak dan Sabah pada penghujung tahun 2024 lepas.

       Sebarang tempahan boleh hubungi PRODUK COSLO BORNEO ditalian 01138554026 dan 0194827829 dengan mendail terus atau watsap bertulis sahaja. Panggilan Suara, Miskol tidak akan dilayan. Semua Watsap Hendaklah disertakan nama penuh alamat tetap dan talian telipon perhubungan. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

SABAH KEHILANGAN PENGARAH MAHKAMAH

Oleh. Williem Anak Lagau

Sibu. Mahkamah negeri Sabah kehilangan pengarah mereka Tuan Marutin Anak Pagan yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya disimpang bulatan Kamowit pada jam 1.59 petang  dekat sini semalam.

      Tuan Marutin Anak Pagan dilaporkan terlibat dalam kemalangan perlanggaran kenderaan lain sehingga melambung tercampak keluar dari kenderaan dari pemanduan nya, ini dilaporkan Ketua Polis Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili dan mengesahkan siasatan dibawah seksyen 4 (1) akta pengangkutan jalan 1987 jelasnya. 

     Mangsa yang mengalami kecederaan dibahagian kepala dilaporkan meninggal ditempat kejadian, kejadian ini merupakan satu kehilangan besar bagi Mahkamah Negeri Sabah terutama dalam sistem perundangan.

      Marutin Anak Pagan merupakan seorang anak jati Sarawak yang menyandang jawatan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

       
 

Ahad, 30 Mac 2025

AIDILFITRI DIHARI PERTAMA

Oleh. Basron Kirwan

Sambutan Aidilfitri hari raya pertama tahun ini penuh meriah bukan sahaja dikota kota besar malah ianya sampai keperkampungan terpencil. 
       Bayangkan lah betapa ramai umat Islam teruja dengan sambutan hari raya aidilfitri setahun sekali bersama seluruh keluarga, namun bayangkan lah jika masih ada individu umat Islam lupa diri memutuskan silaturrahin keluarga mereka hanya berpunca dari harta dunia.  
       Kes seumpama dilaporkan warga desa berlaku secara tersembunyi dan golongan pelaku juga memendam rasa dengan kegiatan tidak baik mereka saban hari, jika warga tidak mengenali individu terlibat pastinya menyangka golongan berkenaan alim dan mulia orang nya namun diri mereka hanya Allah swt yang mengetahuinya.
        Ada juga warga sengaja tidak menghiraukan kes seumpama berlaku dibeberapa negeri  pada raya pertama, sebaliknya Allah swt mempamerkan perilaku mereka sehingga anak cucu berbeza beza pedoman hidup ujar warga yang ditemui.
       Dalam sambutan Aidilfitri hari pertama kekuasaan Allah swt jelas terpancar bahawa sinar barakah didalam rumah keluarga terlibat umpama tidak keruan, segala kalimat AlQuran yang dibaca orang berpengalaman sekalipun boleh hilang pembacaan mereka jika mendampingi golongan warga dengki dendam kesumat. 
       Paparan Aidilfitri tahun 2025 ini memberi seribu  pengajaran supaya warga Malaysia menjauhi golongan Dengki Dendam Kesumat  dalam senarai kunjungan harian mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini  Kuala Lumpur. Pengarang 

LARIS SEPANJANG RAYA

Oleh. Koijul Hairol

Kuala Lumpur. Sepanjang hari raya pertama ramai warga mendedahkan paling laris dalam pasaran adalah rokok seludup yang murah dan senang diperolehi.

        Majoriti perokok lebih memilih rokok murah diseluruh negara walaupun mereka tahu ianya salah namun atas alasan berjimat mereka pilih rokok murah, bayangkan lah berapa jualan rokok seludup sepanjang hari pada raya pertama diseluruh negara tambahan pula cuti umum pada semua warga yang akan bersiar siar ujar orang ramai.

        Golongan peniaga rokok seludup dilaporkan bakal mengambil kesempatan berjualan dihari raya pertama bagi mengelak sebarang operasi pihak berkuasa, jika mereka tidak diserbu berjualan sepanjang hari pada hari raya pertama pastinya bakal memperolehi keuntungan lumayan tanpa membayar cukai dan lesen penjaja.

       Ini lah kelebihan mereka yang menjalankan perniagaan rokok seludup diseluruh negara keuntungan lumayan diluar jangka, namun jika tersilap langkah diserbu dan ditangkap pihak berkuasa sudah pasti bukan mudah mereka melepaskan diri tegas warga kota.

       Apapun hanya pihak berkuasa tempatan sahaja yang maha mengetahui sebarang tindakan pada penjual rokok seludup sepanjang perayaan hari raya, bagi pembeli golongan perokok mereka juga sangat mengharap jika penjual rokok seludup memberi sedikit diskaun harga rokok pada musim hari raya pertama.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

AKBAR MEDIA TERKINI BERSIARAN PENUH RAYA PERTAMA

Kami Akbar Me
 dia Terk
ini Harian bersiaran pada hari raya pertama 31 March 2025.

      Sesiapa yang memerlukan penyiaran pengiklanan dan pemberitaan boleh membuat tempahan bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

        Semua penyiaran hendaklah didalam Bahasa Melayu sahaja serta hendaklah disertakan gambar yang terang asli dan bukan dipetik dari mana mana penyiaran lain.

        Sebarang tempahan hendaklah berhubung dengan En. Basron Kirwan, En. Norsham Haji Tukirin, En. Jusupi Anak Kurdi, En. Williem Anak Lagau dan Cik Lenny Noor Abdullah ditalian 01138554026 dan 0194827829 (Panggilan Suara Dan SMS tidak akan dilayan)





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

BERTARUNG NYAWA SEMBAHYANG RAYA

Oleh. Huzera Ben dan Danny Rew

Gaza. Dalam mendepani sebarang seran
 gan Israel hari 

ini umat Islam menunaikan Sembahyang Sunat Aidilfitri ditapak Masjid yang hancur diserang Israel.

    Umat Islam Gaza juga turut menikmati juada Aidilfitri alakadar walaupun Israel masih tidak meng
hentikan pengeboman disetiap inci bumi Gaza. 

        Bayangkan derita mereka Sembahyang Sunat Aidilfitri dikawasan lapang terbuka  tanpa pelindung jika zionis Israel melakukan serangan mengejut dilokasi mereka berkumpul pastinya tidak siapa menduga apa yang mereka tempuhi.

        Kekuatan iman dan ketakwaan umat Islam Gaza tidak ada bandingan nya disamping maufakat mereka tidak ada tolak banding nya, namun itu lah hikmah mereka warga Gaza lebih takut dengan Allah swt berbanding dengan Serangan Zionis Israel dengan senjata moden dan canggih.

       Juadah Hari Raya Aidilfitri yang alakadar tetap meriah bagi umat Islam Gaza hari ini 30 March 2025 sebagai memohon keberkatan dari Allah swt selepas menunaikan puasa sebulan dibulan ramadhan ujar mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

UCAPAN KHAS AIDILFITRI

Selamat menyambut Aidilfitri Pada 31 
 March 2025.

Kepada, 

Seluruh Pengiklan dan Pembaca Akbar Media Terkini, Media Misteri dan Sisipan Wanita Hari Ini didalam dan luar negara. 

        Semoga para pelanggan setia kami akan sentiasa diberi keberkatan oleh nya walau dimana pun juga berada, bagi mereka yang baru mengenali Unit Penyiaran kami boleh lah terus berhubung dengan Sidang Editorial kami pada waktu pejabat setiap hari.

       Kami juga mengingatkan setiap yang bergerak balik ke kampung halaman masing masing, supaya sentiasa berhati hati dalam setiap pemanduan agar selamat balik bersama keluarga yang tersayang.

           Daripada.

Seluruh Warga Kerja Akbar Media Terkini Press Harian Didalam Dan Luar Negara Group Media Press Kuala Lumpur.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

SEMBAHYANG IDULFITRI LEBIH AWAL

Oleh. Helary Sukiono 

Jakarta.  Beberapa warga dinegara ini telah menunaikan Sembahyang Sunat Idulfitri  pada hari ini penuh aman dan harmoni.

       Antara yang menunaikan sembahyang Sunat Idulfitri hari ini ialah warga pengamal Wakal Maluku dan warga pengamal An-Nadzir Gowa bersamaan 30 March 2025.

       Sembahyang Sunat Idulfitri warga tersebut mendapat kawalan ketat Polisi negara ini bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku diperkarangan tempat mereka menunaikan sembahyang sunat tersebut.

       Secara keseluruhan semua Sembahyang Sunat Idulfitri hari ini berjalan penuh keamanan dan harmoni tanpa sebarang kejadian tidak diingini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

PEKEJ IKLAN UCAPAN AIDILFITRI

Pekej pengiklanan Ucapan Aidilfitri 2025 jimat cermat diskaun termurah telah ditamatkan hari ini didalam dan luar negara.

        Semua harga iklan Ucapan Aidilfitri yang dihantar hari ini dikira harga asal tanpa diskaun dan ianya perlu berhubung terus dengan Lenny Noor Abdullah bagi mendapat maklumat tambahan.

         Akbar Media Terkini Harian tidak akan menerima Iklan Jimat Cermat dan Diskaun Tinggi selepas 28 March 2025, ini dilakukan bagi mengelak pertindihan siaran disetiap ruangan akbar ini berikutan kesibukan kakitangan yang bertugas masa yang ditetapkan.

        Iklan harga biasa diteruskan sehingga hari raya ketiga bagi Malaysia dan luar negara bagi menyampaikan semua ucapan yang ditujukan pada rakan rakan dan sahabat handai dimana juga berada.

         Sebarang tempahan iklan boleh dihantar kepada Lenny Noor Abdullah, Basron Kirwan, Norsham Haji Tukirin ditalian Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Tel 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam Akbar Harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Sabtu, 29 Mac 2025

MENGAPA RAMAI TERPERANGKAP KELUAR NEGARA?

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Terjerat pekerjaan Gaji Tinggi masih menular seluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah setiap tahun tanpa kesudahan.

           Isu seumpama terus menghantui golongan belia dan beliawanis Sabahan apa tak lagi mereka yang taksub dengan pelbagai tarikan dilaman sesawang kerja gaji tinggi, sebaliknya bila sampai dilokasi yang dijanjikan mereka terus diculik dan dibawa kekawasan yangvbelum pernah mereka masuki dengan kawalan ketat ala mafia pasti menakutkan.

        Selain dari itu ada juga orang tengah yang menjadi Tukang Bawa golongan muda mudi yang kemaruk mendapat kerja bergaji tinggi sedangkan mereka hanya diperalatkan sahaja, ini yang kerap dipergunakan oleh kumpulan agent mencari kerja diluar negara tanpa warga Sabah dan Malaysia merujuk kepada iklan kerja di akbar harian berdaftar.

          Untuk rekod media massa berlesen kerap mendedahkan  siaran berhati hati dengan Iklan Pencari Kerja Luar Negara dilaman sosial  dengan gaji tinggi, namun ramai warga tidak menghiraukan siaran akbar berlesen sehingga lah ramai mangsa menjadi mangsa dikurung dinegara luar dalam masa masa tertentu.

           Semua warga Malaysia dan Sarawak serta Sabah perlu merujuk setiap iklan jawatan kosong kepada pihak Kerajaan Malaysia sebelum menemui agent terlibat, jika mahu keselamatan lebih terjamin semua Iklan Yang Ditemui dalam laman sesawang meragukan minta nasihat dengan pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum menemui agent terlibat.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

APA JADI GAZA JIKA NEGARA ISLAM MEMBISU?

Oleh. Huzera Ben dan Danny Rew

Tebing Barat. Cabaran penduduk Gaza bagai tak habis ditimpa musibah
 antara serangan Israel serta kum

pulan penunjuk perasaan anti Pejuang Hamas yang tidak dapat dipastikan siapa mereka yang sebenar berarak 

dibumi Gaza setiap hari. 

      Mungkin kah kumpulan penunjuk peras
aan ini golongan yang diperalatkan bagi membenci Hamas atau bertandang ke Gaza demi melakukan Gerakan bermusuh dengan pejuang Islam agar dunia membenci semua pejuang Hamas dan AlQassam jelas beberapa penduduk Gaza dan Rafah hari ini. 

        Gerakan berarak membenci Hamas mula bergerak diseluruh Gaza namun ianya tidak dikenali oleh orang asli Gaza dan Rafah, sesuatu yang menjadi tanda tanya siapa kah penganjur para penunjuk perasaan tersebut umpama ada yang tersembunyi dengan isu tersebut.

       Ketabahan dan kekuatan mental para pejuang Hamas dan AlQassam menjadi kebimbangan bukan sahaja Israel malah sebilangan pemimpin politik sekeliling Gaza gusar dengan pejuang tersebut, tidak hairan lah saban hari ada sahaja yang berlaku dibumi Gaza bagi memecahbelahkan perjuangan seluruh warga Gaza serta Rafah jika Hamas dan AlQassam terus teguh dan kuat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

PELIK KENINGAU DILANDABANJIR

Oleh. Gifkir Aming

Keningau. Bagaimana kawasan tanah tinggi boleh dilanda banjir sehingga jalan raya sekalipun dinaiki air pada tahun ini soal penduduk yang ditemui kru Media Terkini hari ini. 

       Keningau dilaporkan penduduk tempatan sebagai kawasan tanah tinggi namun peliknya bagaimama air banjir sampai tak berjalan disetiap saliran sungai jika tidak berlaku sekatan besar pada sungai yang ada, malah Media Terkini dimaklumkan antara sungai yang besar sekitar Keningau dan Tambunan adalah Sungai PEGALAN entah mengapa banjir besar berlaku sehingga melimpah  mengalir kekawasan perkampungan dan jalan raya berhampiran.

       Isu banjir bagi kawasan Keningau perlu diberi perhatian bagi memperdalamkan setiap saliran sungai agar air banjir lancar mengali disetiap sungai yang ada, selain dari itu setiap saliran perparitan perlu diperluas dan perdalamkan demi memudahkan perjalanan air pada musim tengkujuh agar mengurangkan risiko banjir.

       Antara keluhan warga asli penduduk Keningau bagi mengulas tragedi banjir yang berlaku dibeberapa kawasan daerah tersebut masa kini entah bagaimana ia boleh terjadi, seharusnya Keningau yang berada dikawasan tanah tinggi tidak wajar ditemggalami banjir jika setiap saliran air seperti sungai dan perparitan diselenggara dengan lebih telus dan teratur sepanjang  masa.

       Adalah menjadi harapan seluruh warga Keningau agar kerajaan Sabah dan Pusat  Madani dapat membesar dan memperdalamkan saliran Sungai serta Perparitan yang ada, hanya dengan cara seumpama boleh melancarkan saliran air banjir agar lancar mengalir ke Lautan setiap hari demi mengelak banjir besar terus berulang dikawasan tersebut.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harta ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

    
 

ALIRAN JALAN TERSEKAT PANJANG

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Mat Kinabalu. Masyarakat Sabah yang menggunakan kenderaan menghala ke Sandakan Tawau melalui Tampaluri Kundasang Ranau bakal menempuh ENAM jam dari Tampaluri ke Ranau sempena sambutan Aidilfitri  tahun ini.

      Kejadian seumpama memeranjatkan pemandu kenderaan yang melalui jalan Tampaluri, Kundasang hingga ke Ranau entah mengapa sampai berlaku serupa, para pemandu yang menuju ke Sandakan Lahad Datu dan Tawau menyifatkan perjalanan dari Tampaluri, Kundasang dan Ranau cukup memenatkan entah bila boleh berubah tegas mereka. 

        Kebanyakan pemandu kenderaan yang menggunakan laluan Tampaluri, Kundasang dan Ranau yang kerap terkandas sepanjang perjalanan, menggesa kepada pemimpin kerajaan Sabah membantu menyelasaikan kemelut seumpama supaya para pemandu boleh berjalan lancar sepanjang masa ungkap mereka. 

         Menurut para pemandu yang menuju Sandakan dan Lahad Datu, kesesakan sepanjang jalan tersebut yang dilalui sudah lama berlaku namun ianya bagai tidak mendapat perhatian kepimpinan kerajaan tempatan, bila bergerak balik kampung meraih aidilfitri baru sangat terasa pergerakan bagai tak berpindah langsung kenderaan dipandu masing masing balik ke kampung halaman masing masing tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

        
 

Jumaat, 28 Mac 2025

KOTA BELUD SIAPA BERPENGARUH?

Oleh. Koijul Hairol  

Pekan Kota Belud. Menjelang pilihan raya negeri Sabah akan datang terlalu sukar membuat ramalan seluruh kerusi Dun Kadamaian, Dun Tempasuk, Dun Usukan dan Dun Pintasan berikutan kebanyakan orang politik selamba kurang bersuara.

     Ini didedahkan warga tempatan yang ditemui sebagai pandangan berhubung kerusi  setiap dun tersebut sehingga masa kini tidak banyak perbezaan parti mereka, malah ada juga parti politik yang sengaja berdiam diri  melihat rakyat jelata bersuara dalam pelbagai hak hak mereka keatas pemimpin parti politik yang mahu menjadi calon.

       Kota Belud memiliki 4 kerusi Dun dan hanya satu kerusi parlimen masa kini walaupun terlalu luas kedudukan nya namun belum ada penambahan kerusi kawasan tersebut, siapakah pilihan rakyat sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya negeri pada tahun 2025 yang dijangka oktober akan datang dengan pelbagai ramalan warga seluruh parlimen Kota Belud.  

        Parlimen Kota Belud masa kini dikuasai oleh kepimpinan dari Parti Warisan Sabah namun setiap kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut masih samar parti mana memenangi selepas pilihan raya negeri, persoalan ini hanya boleh dijawab oleh setiap calon dari parti parti yang bertanding bagi empat kerusi Dun dalam parlimen Kota Belud berdasarkan keberkesanan setiap sumbangan dan pertolongan yang dihulurkan jelas mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Khamis, 27 Mac 2025

LARIS BAGAI GORENG PISANG

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Perniagaan harian mereka laris umpama goreng pisang  ditepi tepi kedai mahupun lorong pejalan kaki  dan tepi pasar sayor tanpa perlu membayar cukai mahupun lesen sepanjamg masa.

    Para penjual ini tidak pernah takut dalam cerita mereka terhadap pelanggan atas alasan mereka memiliki Kad Pengenalan Malaysia penuh angkuh pada warga sekeliling, sebaliknya bila operasi bersepadu setiap penguatkuasa pastinya mereka hilang  entah kemana tanpa menunggu pemeriksaan dilakukan jelas warga anti rokok seludup kaki lima.

       Kes seumpama dilaporkan bukan perkara baharu malah puluhan tahun sudah dikenali pelanggan seluruh Sabah namun tidak ada yang tampil mendedahkan perbuatan penjualan rokok seludup, selain dari itu lebih ramai menjadi pelanggan mereka dikalangan warga Sabah berikutan harga nya murah disamping  ada tambahan percuma jika membeli banyak ujar orang ramai.

     Media Terkini dimaklumkan penjual rokok seludup ada dimana mana lokasi seluruh Sabah berikutan pelanggan dikalangan kaki rokok murah bertambah, ianya jelas ramai warga Sabah sanggup membantu membeli rokok seludup walaupun mereka tahu langkah mereka salah menggalak penyeludupan sepanjang masa.

       "Bagaimana mahu membasmi penyeludupan rokok seluruh Sabah oleh pihak berkuasa jika warga Sabah terus menjadi pelanggan setia pada penjual rokok seludup berkenaan".







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

ORANG KAMPUNG TERUS TERBIAR

Oleh. GifkirAming

Sabah. Majoriti jalan raya perkampungan terpencil bagai laluan balak jika musim tengkujuh terutama kawasan tanah tinggi tidak beraspal sangat jelas tidak mampu dilalui kenderaan kecil.

      Isu seumpama menjadi bebanan orang asli Sabahan yang menduduki tanah geran persendirian dan bukan nya masyarakat yang suka membina rumah rumah setinggan ditanah orang, namun yang peliknya orang politiking masa kini lebih suka melawat dikawasan pembinaan rumah setinggan berbanding melawat perkampungan tanah bergeran tegas mereka.

         Menurut orang asli Sabahan, kebanyakan perkampungan mereka  adalah bergeran sejak sebelum 1963 dan terus menjadi perkampungan mereka sampai masa kini, anehnya masih ada yang belum dibina jalan raya walaupun silih berganti pemimpin parti politik Sabah dengan pelbagai slogan setiap kali pilihan raya namun kosong terus dinanti.

        Majoriti  perkampungan tanah tinggi bagi negeri Sabah dilaporkan terus terabai dalam pembinaan jalan raya walaupun pemimpin silih berganti, sebaliknya bila mana sampai pilihan raya pemimpin parti politik bukan main menabur kata kata untuk meraih sokongan undi parti mereka wakili. 

          Sehubungan dengan pendedahan  ini warga asli Sabah mengingatkan semua warga pengundi agar berwaspada memilih pemimpin prihatin dan bukan menabur janji sahaja, membantu rakyat jelata bukan kerja bermusim sebaliknya bersiap siaga bila mana sahaja penduduk kampung meminta bantuan apa juga keperluan masyarakat setempat tegas mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Rabu, 26 Mac 2025

AKBAR PANAS DAN BERANI

Akbar harian ini sensasi panas dan berani setiap keluaran didalam dan luar negara. 

      Media Terkini Harian  yang boleh dilanggani didalam dan luar negara terus gah bersiaran berlandaskan etika penyiaran yang ditetapkan disetiap negara.

       Sebarang penyertaan penyiaran dan pengiklanan didalam mahupun luar negara boleh berhubung terus kepada, Jusupi Anak Kurdi, Lenny Noor Abdullah, Norsham Haji Tukirin, Basron Kirwan, Huzera Ben dan Williem Anak Lagau ditalian 01138554026 dan 0194827829 masa pejabat sahaja.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

PEJUANG DAN ISRAEL JAUH BEZANYA

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben

Gaza. Sepanjang peperangan Zionis Israel dan 
 Pejuang Hamas 

serta AlQassam terlalu jauh perbezaan mereka dalam menjaga nyawa orang awam yang
dilalui  atau ditangkap oleh kedua dua pasukan bermusuh. 
       Bagi zionis Isr
ael siapa juga yang dipercayai menyerupai pejuang pasti mereka akan serang sehingga terbunuh antara kanak kanak dan wanita tanpa rasa bersalah.

      Sementara Pejuang Hamas dan AlQassam jahat macam mana sekalipun tetap membebaskan tentera wanita Israel dengan penuh selamat selama dalam tawanan mereka, manakala zionis Israel pula hanya berhenti sebaik sahaja melihat rumah jatuh tersungkur kebumi serta melihat jenazah umat Islam bergelimpangan kebumi jelas warga Gaza.

        Berdasarkan kepada sejarah setiap hari peperangan Pejuang Hamas dan AlQassam mempertahankan diri dari serangan zionis Israel masih teringat menyelamatkan tentera Israel dalam tawanan mereka, berdasarkan kepada kisah pejuang Hamas dan AlQassam masih mampu membebaskan tentera musuh dalam tawanan mereka para pemimpin dunia wajar menjatuhkan hukuman terhadap Zionos Israel pimpinan Benjamin Netanyahu masa kini. 

        Apapun tragedi berlaku antara Hamas, AlQassam dengan Zionis Israel negara kuasa kuasa besar perlu tahu siapakah yang layak digelar kejam sehingga masa kini, rekod zionis Israel bukan sahaja sentiasa membunuh sesiapa sahaja dihadapan mereka malah memusnahkan rumah rumah orang tidak berdosa serta merampas tanah warga Plastine jelas warga Gaza.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Selasa, 25 Mac 2025

DERITA DIMATA RAKYAT

Oleh. Basron Kirwan

  Kuala Lumpur.     Rakyat Sabah mengaku sudah tidak tertahan me
 lihat setiap hari 

jalan yang mereka lalui berlobang besar tanpa penghujung apa tak lagi dimusim hujan pa

sti  lobang tak nampak tegas mereka. 

       Lobang jalan raya dinegeri Sabah bukan perkara baharu malah bertahun tahun sudah berlaku akibat tidak ada pengawasan sirius, ianya jelas seperti pengaspalan dalam laluan kenderaan 8 tan kebawah, namun yang melintasi jalan raya berkenaan selepas disiapkan adalah kenderaan dengan muatan melebihi 20 tan sebuah kenderaan ujar penduduk Sabah.

        Seperkara lagi yang berlaku adalah Jambatan Laluan Kenderaan yang dibina menggunakan batang bambu entah ilham dari mana yang diguna pakai tanpa terfikir isu keselamatan pengguna, ini didedahkan penduduk Sabah yang merasa terkilan mengapa sebegitu rupa masaalah rakyat Sabah berbanding negeri Sarawak yang mampu ditangani kerajaan negeri jelas mereka.

             Isu kelembaban pembangunan dan ekonomi Sabah wajar ditangani secara sirius seperti kerajaan Sarawak buat disamping bantuan kerajaan madani pusat, hanya ketelusan dan kejujuran pemimpin kerajaan negeri dan persekutuan mampu merubah segala permasaalahan yang dihadapi seluruh penduduk Sabah diluar bandar. 










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

RAMAI KECIWA PEMIMPIN PARTI BARU

Oleh.  Kuijol Hairol  

Ramai pemimpin parti politik baha
ru berlumba lum
ba mahu meraih
 sokongan rakyat 
dengan kepimpinan parti sedia ada namun terlalu berkira dengan sumbangan makanan atau derma rakyat kurang berkemampuan.

        Dalam konteks menyumbang rakyat kurang mampu dalam aspek makanan atau derma wang ringgit demi kesinambungan hidup orang susah tidak lah boleh dikaitkan rasuah, yang jelas pemimpin terlibat iklas menghulurkan bantuan semata mata mahu keluarga terlibat  dapat menikmati kehidupan sedarhana sepeeti orang lain sempena bulan Ramadhan ini.

      Antara pandangan orang kurang mampu dalam temubual Media Terkini bagi  mengulas pemimpin parti politik yang iklas menghantar bantuan makanan dan wang sumbangan sempana bulan ramadhan, tidak hairan lah  ada yang terjun dalam politik sekadar mahu minta diundi rakyat agar mereka menjadi wakil rakyat dan wakil parlimen demi mendapatkan gaji serta pencen sebaik tamat penggal mereka ujar warga miskin.

       Terlalu ramai pemimpin parti politik baharu  yang hanya meminta rakyat menyokong mereka demi perjuangan memenangi pilihan raya, namun bila hadir bulan puasa dan hari raya aidilfitri golongan pemimpin terlibat nak jenguk menderma rakyat jauh sekali sedangkan itu lah impian rakyat jelata.

         Untuk rekod, kru Media Terkini harian yang banyak kali jumpa rakyat dan pemimpin parti politik baharu saling mendapat percanggahan pendapat mereka, rakyat miskin mengharap sumbangan dan derma pemimpin parti politik baharu namun sebilangan pemimpin pula enggan memberi sebarang bantuan keatas warga yang menunggu.

        Rakyat miskin yang mengharapkan sumbangan golongan pemimpin parti politik mengajak seluruh rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih agar tidak terpengaruh dengan mereka yang bercakap manis, menyumbang makanan dan keperluan majlis berbuka puasa atau hari raya pun tak mampu menghulur ada pula keinginan mahu meminta sokongan memenangi pilihan raya sememangnya diteliti setiap berdaftar pengundi jelas mereka. 

         Rakyat warga miskin masa kini mendedahkan ramai pemimpin baharu parti politik mendedahkan perjuangan mereka mahu membela rakyat jelata, sebaliknya bantuan makanan warga miskin sekalipun tidak mampu menghulur apa tak lagi memberi wang saku keluarga miskin bagi menyambut hari raya aidilfitri tegas meteka.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang










PENUMPANG BERHAK MEMILIH BAS YANG BERDISIPLIN

Oleh. Basron Kirwan dan Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Setiap penumpang bus pengangkutan awam berhak memilih pemandu berdisiplin, lengkap dengan segala keperluan sebagai pemandu bus mini dan bukan nya pemandu yang sembunyi tanpa lengkap sebagai pemandu pengangkutan bus mini awam. 

        Malah pemandu yang berdisiplin tidak perlu berteriak atau membunyikan hon bertalu talu bus mini mereka sebagai memanggil penumpang, setiap penumpang warganegara Malaysia yang kurang dari  usia 60 tahun masa kini memiliki persekolahan dan boleh membaca papan tanda halatuju bus mini mereka.

      Antara ulasan kelab pengguna pengangkutan awam negeri  Sabah bagi mengulas sikap tidak berdisiplin sebilangan pemandu bus mini kawasan Kota Kinabalu, bayangkan lah sebilangan pemandu yang berkelakuan seumpama akan hilang dari atas jalan raya jika operasi bersepadu semua jabatan dijalan raya bagi mengesan pemandu yang tidak memiliki kelengkapan dalan pemanduan.

       Namun dalam masa masa operasi bersepadu tidak dijalankan golongan pemandu gelap mula berlagak diatas jalan raya umpama mereka lah berkuasa, ingat lah pemandu tidak beretika dan meraba dalam kegelapan bahawa penumpang lebih berkuasa memilih bus mini yang dipandu serba lengkap dan bukan nya bersembunyi tanpa kelengkapan.

       Kelab pengguna pengangkutan awam Sabah mengingatkan setiap penumpang bus mini berhak memilih pemandu yang serba lengkap agar terlindung dalam setiap perjalanan, mana mana bus mini yang dipandu golongang tidak bersopan dan berdisiplin serta menghilang setiap operasi bersepadu jauhi mereka dari  menaiki bus mini mereka jelas kelab tersebut.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

SYARIKAT PEMBERSIHAN WAJAR MELATIH PEKERJA

Oleh. Norjairi Kirwan

Sabah. Setiap petugas pembersihan dilaluan awam perlu diberi latihan agar tidak sesuka hati menyapu menghalakan sampah kekaki masyarakat yang melintasi kawasan tersebut.

      Masyarakat awam juga manusia yang memiliki kesabaran terhad jika pekerja pembersihan langsung tidak bersopan ditempat laluan pejalan kaki, malah petugas pembersihan seharusnya mempelajari etika mendepani orang awam dilaluan umum agar sampah tidak disapu menghala didepan laluan mereka.

       Antara suara warga Sabah yang mendedahkan sebilangan pekerja pembersihan (tukang sapu) langsung tidak menghiraukan orang berjalan dilorong pejalan kaki, bayangkan lah sampah dan pasir yang disapu terus sahaja menghala ke kasut orang awam yang melalui lorong pejalan kaki tanpa tukang sapu berhenti memberi laluan ulas mereka. 

        Menurut sebilangan pejalan kaki yang sering menjadi mangsa tukang sapu ditempat awam jika mereka menceroboh didalam kedai masa menyapu ia tetap salah mereka, sebaliknya jika tukang sapu menyapu sampah dari dalam kedai sehingga keluar sampai kelorong pejalan kaki seharusnya tukang sapu berhenti menyapu bagi laluan orang awam melintas jelas mereka. 

       Dalam konteks ini pekerja pembersihan harus belajar etika berkerja ditempat awam khususnya pejalan kaki agar tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan hubungan kedua belah pihak, lorong laluan awam pejalan kaki perlu berhenti  menyapu selagi orang awam masih melintasi kawasan tersebut sebagai memberi laluan kepada mereka menggunakan laluan awam.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Isnin, 24 Mac 2025

MAMPUKAH ROKOK SIFAR KAKI LIMA?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Mampukah  rokok seludup kaki lima mencapai sifar sebelum pilihan raya  negeri penghujung tahun ini, persoalan ini disuarakan oleh warga anti merokok orang Sabah masa kini.

          Kebanyakan warga Sabah yang anti merokok terkilan tiap hari masih ramai jual rokok disetiap lorong kaki lima kedai mahupun pasar sayor, adakah golongan terlibat boleh ghaib sehingga gagal  dikesan pihak berkuasa terutama dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang jelas mereka. 

        Isu lambakan penjualan rokok seludup dalam bandar mahupun pekan pekan terpencil dinegeri ini menjadi kebimbangan golongan tidak merokok bagai tidak berpenghujung, malah kanak kanak antara 9 hingga 14 tahun muda sahaja membeli rokok seludup jika kumpulan warga asing yang menjalankan urusan jual beli setiap hari terang mereka. 

        Rokok seludup terus meningkat berikutan terlalu banyak permintaan dikalangan kaki rokok  seludup tiap hari termasuklah sebilangan pekerja  didalam agensi kerajaan, tidak hairan lah lambakan pedagang rokok seludup sentiasa bertambah berikutan permintaan dikalangan campuran pekerja asing berserta penduduk tempatan setiap hari sepanjang masa.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor