Isnin, 11 Mei 2020

PKPB SABAH PENIAGA ROKOK SELUDUP BERKELIARAN
Oleh. Bujie Tuekarang
Sabah. Dalam konteks perlaksanaan PKPB seluruh negara tidak terduga setiap pekan dan bandar menjadi syurga para penjual ROKOK SELUDUP tanpa takut dengan penyakit Covid 19 mahupun undang undang akta penyeludupan, malah penjual rokok seludup masa kini dikuasai wanita mahupun anak anak gadis bagi menjadi keldai penjual ROKOK SELUDUP setiap hari tanpa gerun dengan petugas dibarisan hadapan yang sentiasa memerhati perilaku golongan terlibat setiap hari dipelusuk negeri ini.
Demikian pendedahan Hazril Paulus sebagai mendedahkan sikap perilaku golongan penjual rokok seludup dalam Sabah tanpa takut dengan penguatkuasa yang sentiasa memburu mereka namun golongan ini terlalu licik bersembunyi, selain dari itu penjual rokok seludup ini juga dilaporkan memiliki ramai pelanggan dikalangan penduduk orang Sabah bukan sahaja digunakan sendiri malah ada dikalangan pelanggan mereka menjadikan jualan tersembunyi diperkampungan atau perumahan mereka masing masing tegas beliau.
Hazril Paulus menambah, ada juga dikalangan penjual asal rokok seludup ini dilaporkan status mereka diragui memandangkan golongan terlibat akan lari bertempiaran jika melihat penguatkuasa yang berseragam memburu mereka semasa membawa rokok seludup untuk dijual sekitar merata tempat setiap daerah dalam negeri ini katanya keciwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan