Khamis, 28 Mei 2020

SEPULUH KES COVID 19 HARI INI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Rekid KKM hari ini melaporkan kes penyakit Covid 19 sekadar 10 kes satu jumlah yang paling rendah menjadikan keseluruhan kes sehingga kini berjumlah 7,629 orang.
Bagi kes kesembuhan yang direkodkan hari ini seramai 86 orang telah dicaj kelyar dari hospital menjadikan jumlah pesakit Covid 19 yang telah sembuh dan pulang kerumah masing masing ialah 6,169 orang.
Dalam 10 kes terbaru hari ini semuanya adalah penularan tempatan melibatkan 5 orang bukan warga negara Malaysia.
Kes Covid 19 kebolehjangkitan yang telah diasingkan dalam hospital untuk rawatan seramai 1,345 orang.
Manakala kes Covid 19 yang sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) berjumlah 8 orang sementara 4 daripada pesakit berkenaan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga hari ini dalam tempoh 24 jam tidak ada rekod kematian pesakit Covid 19 dilaporkan ianya kekal 115 orang yang direkodkan kematian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan