Sabtu, 16 Mei 2020

SATU KEMATIAN COVID 19
Oleh. Gason Dumiri
Kuala Lumpur. Satu kematian Covid 19 melibatkan kakitangan KKM Sabah yang dilaporkan hari ini melibatkan pelbagai jenis penyakit darah tinggi, paru paru dan barah dimana meninggal dihospital wanita dan kanak kanak Likas pada 7 Mei 2020. Kes tersebut masih dalam siasatan pihak KKM bagaimana dijangkiti Covid 19.
Hari ini dilaporkan seramai 73 pesakit Covid 19 sembuh dan dicaj dari hospital menjadikan keseluruhan sembuh sehingga kini berjumlah 5,512 orang.
Sebanyak 17 kes baharu dilaporkan dengan 6 kes import manakala 11 kes lagi adalah jangkitan tempatan dengan kes kebolehhangkitan berjumlah 1,247 yang telah diasingkan untuk rawatan.
Seramai 13 kes sedang dirawat diunit kawalan rapi (ICU) dengan 5 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga kehari ini jumlah pesakit Covid 19 yang dilaporkan berjumlah 6,872 orang semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan