Isnin, 18 Mei 2020

 KERAJAAN PN DAN KUMPULAN PH SIAPA DIHATI RAKYAT ?
Oleh. Jasly Dollah
 Kuala Lumpur. Percaturan politik gabungan Perikatan Nasional hari ini yang
menerajui kerajaan Malaysia tidak banyak isu yang disuarakan rakyat jelata dalam media media berdaftar diseluruh negara sejak pandemik Covid 19 menular dalam negara ini, namun sebilangan pemimpin parti pembangkang dari PH, UPKO dan WARISAN terus tekad dengan perjuangan sebagai usul undi tidak percaya dengan Perdana Menteri Malaysia masa kini Tan Sri Haji Muhyiddin Mohammad Yassin walaupun memiliki sokongan lebih 113 kerusi parlimen disamping tidak nampak suara rakyat jelata yang mengundi tidak menyokong beliau.
Suara yang kerap terpapar dalam akbar merupakan suara sebilangan pemimpin tertinggi parti sebaik mereka tidak menerajui kerajaan berikutan ramai ahli parlimen berpaling tadah menyokong Tan Sri Haji Muhyiddin Mohammad Yassin termasuk kepimpinan GPS Sarawak serta para pemimpin parlimen dari Sabah namun ketidakpuasan terus dicanang bagi meraih sokongan ahli ahli parlimen yang berada dalam kerajaan PN masa kini, persoalan rakyat masa kini ialah mampukah usul undi tidak percaya meraih sokongan dikalangan ahli ahli parlimen yang duduk bersama kerajaan perikatan nasional sehingga pru ke 15 akan datang atau tergugat dalam sidang parlimen akan datang persoalan cukup rumit diperkatakan apa tak lagi kancah politik masa kini tidak lagi menghiraukan mandat undian rakyat seperti yang berlaku didalam negeri Sabah jelas suara rakyat yang diterima kru media terkini.
Apapun kemelut politik perlu di ingat bahawa sesekali jangan diseret rakyat pengundi golongan pemimpin parlimen yang bertekad mahu membuat usul tidak percaya di Parlimen memandangkan rakyat belum ada hersuara menolak kerajaan yang ditubuh dengan sempurna, malah terdapat suara rakyat di Sabah jika ada usul undi tidak percaya disidang parlimen tolong beri kami rakyat Sabah ruang membuat usul juga memilih kerajaan negeri dengan rasmi memandangkan banyak juga YB BN yang kami undi pada pru ke 14 namun undi kami dibawah melompat kepada kepimpinan PH dan Warisan tanpa rela kami tegas sebilangan rakyat asli Sabah.
Sama sama lah kita memelihara kedaulatan negara disamping mentaati segala undian rakyat terhadap parti yang kita wakili melainkan wujud unsur unsur yang boleh memecahbelahkan perpaduan apa tak lagi menindas pelbagai hak hak yang wajar diterima rakyat namun dimansuhkan pemerintah yang diamanahkan mentabdir negara kita Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan