Isnin, 18 Mei 2020

TIADA KEMATIAN KES COVID 19 HARI INI
Oleh. Gifkir Aming
Kuala Lumpur. Sejumlah 47 kes Covid 19 dilaporkan hari ini melibatkan 21 kes import dan 26 penularan tempatan dimana 17 merupakan warganegara asing.
Sehingga hari ini jumlah kes pesakit Covid 19 direkodkan ialah 6,941 orang semuanya.
Bagi pesakit Covid 19 yang sembuh pada hari ini dan dicaj dari hospital hanya 44 orang iaitu rendah dari jumlah kes pesakit terbaharu.
Pesakit Covid 19 yang direkodkan sembuh sehingga kehari ini oleh KKM berjumlah 5,615 orang.
Sementara itu kes kebolehjangkitan Covid 19 yang telah diasingkan dalam hospital untuk rawatan masa kini berjumlah 1,213 orang.
Seramai 13 orang pesakit Covid 19 yang sedang dirawat diunit rawatan rapi (ICU)  manakala 6 orang pesakit terlibat menggunakan bantuan alat pernafasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan