Jumaat, 15 Mei 2020

USUL PERLU SELURUH NEGARA
Oleh. Jopis Anak Lagau
Kuala Lumpur. Dalam usul merampas kerusi Dun dan Parlimen bagi pemimpin yang melompat menerusi suara U Tharnotharan (gambar) Pengurusi Pertubuhan Kebajikan Dan Amal India Baru (PERINNBAM) haruslah merangkumi seluruh negara dan bukan sebuah negeri sahaja seperti laporan akbar baru baru ini, mencadangkan pada SPR bagi menarik kerusi mana mana YB Dun dan YB Parlimen yang melompat parti selepas pilihan raya memang terbaik bagi mengekalkan kuasa undi rakyat namun bukan pada satu negeri di Semananjung Malaysia tetapi termasuklah Sabah dan Sarawak dimana Suruhanjaya Pilihan Raya mencakupi seluruh negara jika ianya dibentang dan diluluskan diparlimen akan datang.
Ramai pemerhati politik menyokong usul pertubuhan India berkenaan bukan sahaja seluruh Semananjung Malaysia malah di Sarawak dan Sabah turut yakin ianya terbaik bagi mengekang setiap wakil rakyat yang melompat parti tanpa dipersetujui pengundi sebenar dan perlu menyeluruh disemua kawasan dalam Malaysia amnya.
Para pemerhati politik yang dihubungi menyuarakan keyakinan mereka seluruh rakyat yang berdaftar sebagai pemilih bersetuju dengan langkah serupa supaya mana mana wakil DUN dan Wakil PARLIMEN melompat menyokong parti lawan bakal hilang kelayakan dan diadakan pilihan raya semula adalah langkah bijak jelas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan