Sabtu, 16 Mei 2020

SIAPA BAKAL KERAJAAN KEDAH? 
Oleh. Helary Sukiono
Alor Setar. Percaturan Ahli Dewan Undangan Negeri cukup rumit bagi negeri ini berikutan 23 Adun telah menyokong kerajaan pusat Perikatan Nasional nanakala hanya 13 yang dilaporkan kekal bersama pakatan harapan menurut kenyatan media media tempatan negeri ini, bagi Adun yang masih setia dengan PH adalah 5 dari PKR 4  Amanah  2 DAP  2 Bersatu berbanding yang menyokong PN dilaporkan berjumlah 23 Adun menyebabkan situasi kedudukan kerajaan negeri serakat ini goncang dan menanti peralihan kuasa pertukaran kerajaan menurut pakar pemerhati politik semasa.
Sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang keputusan mutlak siapakah bakal mengambil tampuk Menteri Besar Kedah yang baharu namun ianya bergantung kepada budi bicara kebawah Duli Sultan Kedah bagi mengambil kira kelayakan peneraju Menteri Besar yang baharu.
Apapun rakyat negeri ini mengharap sesebuah kerajaan yang stabil dan selari dengan kerajaan pusat demi kesinambungan pembangunan dan ekonomi semasa serta perangkaan jangkamasa panjang jelas mereka yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan