Rabu, 13 Mei 2020

 RAMAI BIJAK CERAMAH HATI MASIH MENDENGKI
Oleh. Huzera Ben
Sempadan Syria. Ramai cerdik pandai berceramah dengan hujah hujah keagamaan sepanjang siang dan malam tidak kira lelaki dan wanita muda dan tua namun sengketa bermusuh sesama sendiri tak pernah padam umpama satu suratan hidup golongan terlibat tanpa siapa menduga sekeliling ada saja perbelahan sesama sendiri, bayangkan saja negara negara Islam dibeberapa kawasan terus berperang seagama tanpa berfikir pidato bermaufakat berbuat baik sesama ummah namun golongan terlibat terus bergolak dengan satu misi perebutan kuasa.
Beberapa ulama ditemui mengakui penyakit utama bermusuh sesama sendiri adalah tamak kuasa dan muda dipermusuhkan pihak golongan seteru Islam dengan sesuatu imbuhan besar dan berpanjangan pasti ramai kabur mata sampai bersengketa seagama sendiri, sebilangan dari masyarakat Islam juga muda percaya kata kata hasutan dan pendengki melihat usaha jiran tetangga yang berjaya atas daya usaha sehingga wujud perasaan tidak mahu melihat kejayaan walaupun berjiran menurut suara suara ulama diSyria.
Tidak hairan lah sehingga kehari ini masih ramai berpakaian ala Tok Kiyai dan Mirip Pendakwah tersohor namun melihat jiran seagama berpaling muka bagai tak kenal jelas mengiyakan pelbagai hujah hujah Ulama bahawa kemuliaan Islam bukan pada pakaian sebaliknya keluhuran hati iklas telus membantu sesama Islam, sebaliknya ramai mempamerkan pakaian Islam dengan ceramah agama dalam watshap group dan FB berkobar kobar mendidik belajar syariat Islam namun didepan nyata jiran sekampung tidak bertegur sapa malah bagai buat buat tidak kenal ini lah Ulama sifatkan hanya bertopeng pada agama namun sifat nauzubillah sangat keji dan menakutkan jelas mereka.
Adalah menjadi harapan pada umat Islam agar jangan bertopeng pada pakaian sebaliknya hayati ajaran Islam bersatu bantu membantu diantara satu sama lain tanpa mempamerkan hasad dan dengki dengan keupayaan orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan