Khamis, 21 Mei 2020

Kes Covid 19 Tiada Kematian Hari Ini
Oleh. Williem Anak Lagau
Kuala Lumpur. KKM tidak ada menerima laporan kematian kes Covid 19 hari ini walaupun masih terdapat kes positif setiap hari direkodkan namun kesembuhan terus meningkat hari ini mencecah 90 orang menjadikan kes keseluruhan yang dicaj dari hospital berjumlah 5,796 orang.
Bagi kes baharu pesakit Covid 19 direkodkan hari ini seramai 50 orang menjadikan semua kes masa kini berjumlah 7,059 orang.
Bagi kes kebolehjangkitan Covid 19 masa kini berjumlah 1,149 telah diasingkan bagi mendapat rawatan.
Dalam kes baru 3 kes import jangkitan dari luar negara manakala 47 merupakan penularan tempatan dimana 41 kes bukan warganegara Malaysia. Terbaru 34 kes dipusat tahanan Imegresen Bukit Jalil.
Dalam kes pesakit Covid 19 yang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) masa kini berjumlah 10 orang manakala 7 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sama sama kita bendung rangkaian penularan Covid 19 dengan tidak bergerak bebas bagi membantu pihak berkuasa mengawal penularan penyakit tersebut. Sebaiknya jika tidak ada urusan penting atau bukan berkerjaya yang dibenarkan sebaiknya duduk dirumah bersama keluarga sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan