Khamis, 28 Mei 2020

PATI TIDAK BOLEH DINAFIKAN
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Berdasarkan maklumat media media perdana sepanjang tahun ada sahaja PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) ditangkap dibicara dan dijatuhi sesuatu hukuman di mahkamah dan selesai jalani hukuman ianya dihantar pula balik kenegara asal dari ratusan orang hingga lah ribuan orang terkumpul setiap tahun fakta yang sebenar, hari ini ada pemimpin parti politik panas telinga apabila Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan Presiden Parti STAR merangkap Timbalan Menteri Pelancongan mengusulkan isu setinggan adalah persembunyian sebilangan PATI yang jelas rekod sebenar setinggan itu penempatan haram tak tahu lah pula jika ada orang politik mengesahkan setinggan itu perkampungan selepas kerajaan BN Sabah tumbang digantikan oleh kerajaan PH Warisan dan Upko masa kini.
Sebagai orang politik kena baca fakta bahawa sampai hari ini ada sahaja PATI yang ditangkap bukan sahaja di Sabah malah seluruh negara amnya dalam pelbagai etnik tersenarai tangkapan kumpulan PATI mengapa harus dinafikan bukti ada PATI ada lah setiap tangkapan ada rekod bicara di Mahkamah, dalam konteks ini Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan tidak perlu terperangkap mendedahkan bukti berhubung adanya PATI bukan sahaja dikloni setinggan malah mereka PATI boleh menumpang dikongsi pekerja asing (ada pas) senegara mereka atau dimana mana mereka PATI menyewa rumah atau bilek untik berteduh selagi mereka tidak dikesan pihak berkuasa untuk operasi tangkapan dan ini lah hakikat situasi PATI khususnya di Sabah dan Malaysia amnya.
Mengapa PATI sering dikaitkan dengan parti politik tentunya tidak ramai yang tahu kes ini dimana terdapat kecendrungan sebilangan ahli parti politik kerap membantu mereka secara terbuka sehingga menjadi pertikaian umum malah ada juga yang mendakwa tiada negara, tidak diterima negara asal disebabkan kurang desakan bagi menghantar PATI kepada pemimpin negara asal mereka, isu anak anak PATI yang terdapat dalam Sabah mengapa dikatakan tidak bernegara jika ibu bapa mereka PATI itu masih hidup dan tidak mungkin semua kanak kanak PATI yang berkeliaran di Sabah semua tidak memiliki ibu bapa jelas fakfa mereka ini semua bernegara cuma dilahirkan ibu bapa tergolong PATI dalam Sabah dan tidak perlu digelar tidak bernegara selagi ada ibu bapa mereka memelihara mereka mahupun waris waris terdekat dengan mereka dinegara asal mereka semua fakta ini perlu diambil kira demi masa depan Sabah dan Malaysia amnya.
Disuarakan Tinajin Golibert aktivis masyarakat Simpangan Ranau Tambunan dalam kenyataan kepada Media Terkini Borneo sebagai merungkai isu PATI dalam Sabah yang menjadi pertikaian sehingga cuba menuding jadi pada Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan segala apa yang dirancang kerajaan PN masa kini dalam Malaysia,
PATI dalam Malaysia cukup selesa sebelum ditangkap ada sahaja yang memberi mereka kerja atau perlindungan keluarga mereka berbanding rakyat Sabah dan Malaysia jika menjadi PATI diluar negara pasti tidak diberi peluang malah mungkin ditahan dengan pelbagai tekanan sepanjang mereka dikurung oleh pihak berkuasa ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan