Khamis, 28 Mei 2020

PRU 15 DITUNGGU RAKYAT MELALAP
Oleh. Joitus Dumiri
Melalap. Pilihan raya kali ke 15 dinanti seluruh warga Dun Melalap bagi menunjuk kuasa pangkah ditangan mereka kali ini sama ada benarkah cakap politik masa kini kekuatan politik PH UPKO WARISAN undi mutlak pengundi Sabah seperti dicanang mereka pada setiap sidang akbar tiap masa, pada pru ke 14 lalu banyak rakyat terperangkap dengan politik menjatuhkan BN yang banyak diumpan gula namu bila sudah menang segala gula yang diumpan tidak kelihatan berbanding BN yang diumpama sudah sedia bekalan padi untuk seluruh rakyat negeri Sabah khususnya DUN Melalap tanpa diragui sejak berpuluh tahun dahulu.
Walaupun PBS umpama bersendirian menghadapi WARISAN, UPKO dan PH dalam pru ke 15 tidak menghadapi masaalah bagi memenangi undian rakyat dalam kawasan DUN Melalap berdasarkan keluhan dan kekesalan rakyat kekilafan membuang undi pada pru ke 14, tambahan pula masa kini permaufakatan diantara perikatan Nasional UMNO, PAS, GBS Sarawak dan PBS, STAR, UMNO Sabah, MCA, BERSATU menerusi pimpinan Tan Sri Hajj Muhyiddin Haji Mohamad Yassin Perdana Menteri Malaysia ke 8 pasti membuka permaufakatan rakyat Melalap.
Aktivis masyarakat Dun Melalap Gosibin Yosundang (gambar) berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikemukakan kepada Media Terkini Pendalaman sebagai menjelaskan suara sebenar pengundi Dun Melalap yang tidak sabar menanti pru ke 15, rakyat Melalap akan memastikan kerusi tersebut kembali kepada PBS gandingan UMNO Sabah, PBRS, MCA, PAS, SAPP, STAR dalam satu perjuangan demi tanah air tanpa dipecahbelahkan pihak lawan demi mendapat kuasa semata mata tanpa memandang segala permasaalahan rakyat setempat akibat keghairahan berpolitik mendakwa sokongan besar rakyat jelata ujar beliau.
Gosibin Yosundang juga mencadangkan supaya UMNO dan PAS Sabah mengadakan ROADSHOW bagi menerangkan kerjasama mereka dengan menjelaskan tidak melibatkan agama Islam dikawasan bukan beragama Islam sebagai memelihara agama agama lain khususnya pentabdiran kerajaan kelak agar orang orang bukan Islam diluar bandar mahami dan menyokong perjuangan kedua dua parti nerkenaan jalasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan