Rabu, 20 Mei 2020

RAKYAT KECIWA POLITIKING TAK HABIS 
Oleh. Baron Kirwan
Kuala Lumpur. Kemelut politiking yang tak henti sampai dah beberapa negeri bertukar kerajaan sangat mengecewakan sebilangan rakyat Malaysia terutama dalam dua keadaan berbeza, antara lain yang menjadi tanda tanya rakyat ialah jika yb yb BN yang melompat sebaik menang diundi dalam BN dan membawa kerusi BN menyokong PH senyap tiada membahas usul tidak percaya bagai suara rakyat dikebelakangkan sebaliknya yb yb PH jika melompat menyokong PH mengapa ada sayap politiking tidak berhenti membidas mahu bahas dan usul tidak percaya sampai golongan politiking lupa jutaan rakyat jelata juga keciwa dengan trend seumpama.
Beberapa negeri PH bertukar kerajaan berpihak kepada Perikatan Nasional bising bukan main orang politiking tak puas hati yb yb mereka berpaling tadah namun masa yb yb BN Sabah melompat menyokong Warisan tidak pernah politiking bising malah tidak ada orang politik tanya rakyat yang mengundi BN itu menyokong tindakan yb mereka meninggalkan BN yang sebenar.
Antara pendedahan aktivis rakyat Kusimit Majamis warga Sabah berkerja di Kuala Lumpur sebagai menjelaskan kepada orang politiking yang banyak cakap tapi tidak turun berjumpa rakyat bagaimana hati rakyat mereka tidak bertanya dengan setiap tingkahlaku mereka dalam percaturan politik, malah jika yb yb BN boleh suka hati bawa kerusi BN lompat sokong PH Warisan di Sabah tanpa bertanya  seluruh rakyat yang mengundi parti BN mereka wakili wajar lah pula biarkan yb yb PH yang melompat menyokong kerajaan Perikatan Nasional masa kini tanpa dibahas dan diusul sama seperti apa yang berlaku di Sabah ujar beliau.
Katanya lagi, seharusnya apa yang berlaku kena tanya rakyat jelata yang mengundi yb yb melompat adakah mereka sokong dari mula berlaku hingga kejadian akhir berlaku supaya amat jelas siapa disokong dan siapa ditentang sehingga pelbagai cara mahu dilakukan dalam parlimen namun rakyat pengundi tetap memendam rasa sehingga pru ke 15 bagi menilai yb yb melompat siapa yang kekal tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan