Jumaat, 22 Mei 2020

SATU KEMATIAN PESAKIT COVID 19 HARI INI
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Dalam menjelang sambutan Aidilfitri 2020 satu lagi kes pesakit Covid 19 warganegara Malaysia menjadikan jumlah kematian 115 orang semuanya sehingga kehari ini.
Dalam jumlah kes terbaharu kes Covid 19 berjumlah 78 kes hari ini menjadikan keseluruhan kes ialah 7,137 orang.
Bagi kes aktif kebolehjangkitan yang telah diasingkan bagi menjalankan rawatan berjumlah 1,163 orang dimana dilaporkan seramai 25 orang kes dijangkiti dari luar negara manakala 53 kes merupakan Covid 19 penularan tempatan serta 40 pesakit merupakan warga asing dalam kes terbaru hari ini.
9 orang pesakit Covid 19 sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU) manakala 5 orang pesakit terlibat memerlukan alat bantuan pernafasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan