Selasa, 12 Mei 2020

 PATI APA
BANGSA SEMUA SERUPA?
Oleh. Huzera Ben
Kuala Lumpur. Masaalah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin diseluruh dunia serupa meminta perlindungan suaka politik bagi setiap negara yang mereka masuki hampir setiap tahun dengan pelbagai alasan dari negara asal mereka sehingga beberapa negara tidak berfikir panjang teori sebenar punca kejadian, akibat rasa simpati sebilangan orang politik gagal mengkaji kesan buruk dalam jangkamasa panjang kebanjiran pendatang asing tanpa izin apa tak lagi mereka yang mengaku pasangan suami isteri dan anak anak tanpa sebarang dokumen dari negara asal mereka akhirnya negara dikunjungi menanggung ratusan atau jutaan PATI kelak.
Kebanjiran PATI dalam beberapa negara didunia ini jarang sekali kembali kenegara asal sebaik menerima suaka politik malah ada juga golongan terlibat menjadi kaya raya dalam negara melindungi mereka dengan gaya hidup angkuh tanpa rasa terhutang budi pada negara membantu mereka, selain dari itu masyarakat dinegara pelindung mereka yang banyak menghulur makanan pekerjaan serta wang ringgit langsung tidak dikenang sebaik mereka PATI berjaya meningkatkan taraf ekonomi kehidupan mereka malah ada dikalangan PATI ini sanggup melawan tuan dinegara pelindung mereka sebaik berjaya dalam hidup.
Didalam negara Malaysia ini pun juga banyak contoh kebanjiran PATI sejak tahun 1970 dan sehingga kini PATI tidak pernah habis berdasarkan kes kes tangkapan Polis dalam negara yang dibawa ke Mahkamah sebelum menerima hukuman setimpal, selain dari itu terdapat juga orang tempatan yang ada hubungan PATI sanggup memberi perlindungan terhadap PATI didalam kediaman mahupun permis perniagaan mereka walaupun perlakuan seumpama menyalahi perundangan mana mana negara yang melakukan perbuatan seumpama khususnya setiap negeri dalam Malaysia ujar kumpulan aktivis masyarakat yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan