Jumaat, 29 Mei 2020

KES COVID 19 MENINGKAT HARI INI
Oleh Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Pertambahan kes positif Covid 19 hari ini berjumlah 103 menjadikan kes keseluruhan sehingga kini 7,732 orang. Daripada 103 orang kes baharu 7 orang merupakan kes import jangkitan dari luar negara manakala 96 merupakan jangkitan penularan tempatan. Seramai 86 kes merupakan bukan warganegara Malaysia.
Seramai 66 orang pesakit Covid 19 hari ini dilaporkan sembuh dan dicaj keluar dari hospital menjadikan jumlah yang sembuh keseluruhan sampai kehari ini berjumlah 6,235 orang.
Kes positif Covid 19 yang dilaporkan aktif kebolehjangkitan hari ini berjumlah 1,382 orang yang telah diasingkan dalam hospital untuk rawatan.
8 orang pesakit Covid 19 sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU)  manakala 2 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu KKM memaklumkan kes kematian pesakit Covid 19 dalam negara kekal 115 tanpa sebarang laporan pertambahan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan