Isnin, 25 Mei 2020

PENINGKATAN KES BAHARU MENJURUS WARGA ASING
Oleh. Jasly Dollah
Kuala Lumpur. Dalam laporan KKM kes terbaharu Covid 19 warga asing memiliki rekod tertinggi sehingga 159 orang hari ini manakala 5 kes adalah dijangkiti semasa dari luar negara manakala 167 kes merupakan penularan tempatan dimana 159 merupakan warga asing  dan hanya 8 kes warga tempatan.
Jumlah keseluruhan kes penyakit Covid 19 sehingga kini dalam negara ialah 7,417 manakala kes kebolehjangkitan Covid 19 yang telah diasingkan untuk rawatan masa kini ialah 1,323 orang sehingga hari ini.
Seramai 8 kes pesakit Covid 19 sedang dirawat di Unit Kawalan Rapi (ICU)  manakala 4 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu seramai 34 kes pesakit Covid 19 dilaporkan sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dibenarkan pulang ialah 5,979 sehingga kehari ini.
Jumlah kes kematian sampai hari ini kekal dengan 115 orang dimana tidak ada sebarang rekod kematian pesakit Covid 19 diseluruh negara pada hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan