Selasa, 26 Mei 2020

PENINGKATAN COVID 19 DIAIDILFITRI
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur.  Sebanyak 187 kes baharu pesakit Covid 19 hari ini menjadikan kesemua yang direkodkan pesakit tersebut sehingga kehari ini berjumlah 7,604 orang.
Dalam kes baharu ini 175 orang bukan warganegara dimana 155 orang dikesan didepot tahanan Imegresen manakala 13 orang adalah klauster pengawal keselamatan Cheras dan kes oenularan warganegara tempatan seramai 4 orang.  Jumlah kes jangkitan import dari luar negara hari ini ialah 10 orang semuanya.
Dalam kesembuhan baharu direkodkan hari ini berjumlah 62 orang dibenarkan pulang menjadikan keseluruhan yang sembuh 6,041 orang.
Kes Covid 19 yang aktif kebolehjangkitan dan diasingkan untuk rawatan setakat hari ini berjumlah 1,448 orang, seramai 19 kes pesakit Covid 19 sedang dirawat pada Unit Kawalan Rapi (ICU)  manakala 5 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sehingga hari ini kes kematian pesakit Covid 19 masih kekal 115 orang lapiran rasmi KKM hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan