Selasa, 26 Mei 2020

 SENARIO SABAH 57 TAHUN
Oleh. Gason Dumi
ri
Gunung Kinabalu. Satu lambang kemegahan Sabah tersergam indah Gunung Kinabalu sebagai permaufakatan anak negeri asli dalam negeri dibawah bayu ini sejak ratusan tahun dahulu dengan detik bersejarah pada tahun 1963 dahulu, kemerdekaan yang tercapai yang disertai oleh keturunan OKK Sodomon yakni GS Sundang pembuka suara seluruh warga anak negeri asli Sabahan agar bersatu dalam perjuangan yang telus bermaufakat tanpa dipengaruhi mana mana pihak apa tak lagi rentak politik dipecahbelahkan pengaruh pihak tertentu agar anak negeri asli Sabah hilang kekuatan mereka.
Seluruh anak negeri asli Sabah mampu mengembalikan semangat kekuatan perjuangan mereka jika tidak muda dipengaruhi politik pecah dan perintah akibat kebendaan dan jawatan yang sering dipergunakan pihak lawan, namun sebaik sahaja pihak lawan berkuasa sebilangan besar anak negeri asli Sabah terus diabaikan tanpa sebarang perhatian apa tak lagi pertimbangan kearah diberi sebarang kemudahan yang diharap harapkan masa memberi sokongan terhadap pihak lawan yang berjuang memecahbelahkan kekuatan seluruh jentera permaufakatan warga anak negeri asli Sabah.
Patrick Galau Pajor warga jati Keningau mendedahkan senario politik Sabah sejak tahun 2008 apabila orang orang asli anak negeri Sabah mula dipuak puak arus politik yang berpaksi pengaruh luaran demi memperolehi kekuatan perjuangan mereka agar kuasa mampu jatuh ketangan mereka, oada hari ini tahun 2020 jelas politik orang asli anak negeri telah berpecah beberapa kumpulan sehingga sukar melawan politik yang menggunakan pecah dan perintah sehingga amanat pemimpin terdahulu tidak lagi menjadi asas perjuangan muda mudi orang asli anak negeri akibat kekuatan pengaruh pecah dan perintah yang dimainkan politik luar sampai minda kendiri gagal mentafsir politik Sabah asli seperti politik Sarawak katanya penuh kekeciwaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan