Khamis, 14 Mei 2020

 WAYANG POLITIK SAMAN MENYAMAN
Oleh. Helary Sukiono
Kedah. Isu berpindah sokongan wakil rakyat dari satu parti kepada parti lawan adalah lumrah dan secara demokrasi tidak perlu ungkapan kata samam menyaman memandangkan rakyat masa kini diseluruh Malaysia bijak menilai tanpa dikabarkan isu saman, jika dibenarkan oleh Perundangan Adun di Semananjung yang meninggalkan parti memerintah negeri  untuk diambil tindakan apa kurang bagi Sarawak dah Sabah juga boleh mengambil tindakan yang sama menyaman  Adun yang mengkhianati parti kemenangan mereka masa pilihan raya demi membentuk kerajaan parti lawan dalam masa pilihan raya ke 14 yang lalu tentunya point besar adalah Sabah jika politik Kedah berbuat demikian.
Pelbagai lapisan rakyat terkejut laporan di Kedah siapa tinggalkan PKR akan disaman membayar sejumlah RM10 juta yang tular dalam beberapa portal (bukan media terkini) sedangkan lagi hebat di Sabah jika diambil kira isu menukar haluan sebaik menang dalam pilihan raya, oleh yang demikian tidak perlukan menangkis dengan pelbagai taktik sebaik wakil rakyat meninggalkan parti yang mereka sokong demi menyokong perubahan kerajaan diperingkat pusat demi kepentingan ekonomi rakyat dan pembangunan negara amnya apa tak lagi jika rakyat jelata turut bersama menyokong tindakan terbabit.
Ulasan aktivis masyarakat  Sabah dari Melalap Gosibin Yosundang (gambar atas)  dan Donius Bulangou (gambar bawah)  sebagai membuat komen percaturan politik Kedah dimana ditular saman RM10 juta jika adun PKR meninggalkan parti mereka kearah menyokong Perikatan Nasional, mereka yakin jika perundangan membenarkan Adun PKR yang menyokong PN  di Kedah membayar sejumlah RM10  juta adakah Sabah juga dibenarkan berbuat demikian sehingga kerajaan BN yang selesa membentuk kerajaan 31 kerusi bersama STAR  ditinggalkam UPKO boleh menyaman lebih daripada jumlah tuntutan pemimpin PKR Kedah tegas mereka.
Apapun kedua dua aktivis masyarakat tersebut meminta penyokong PBS,  STAR, UMNO dan SAPP serta PBRS menanti keputusan di Kedah jika ADUN PKR berpihak PN dibenar membayar tuntutan Sama Pemimpin Politik Sabah juga boleh berbuat sedemikian ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan